Ad Code

Responsive Advertisement

Dia Kakak Iparku ...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua...

Semalam (7 Jun) merupakan hari lahir kakak iparku yang bernama Noriah bt. Harun yang ke......?Sudah mendirikan  rumahtangga 15 tahun dan mempunyai anak seramai 5 orang. Aku panggil dia Kak Enor.

Apa agaknya istimewanya kakak iparku ini??

  1. Orangnya sempoi...
  2. Dia selalu bagi semangat kat aku untuk belajar memasak sebab dulu dia pun tak pandai memasak. tapi sekarang... sebut nak makan apa semua dia boleh buat. Buat Potato Bun pun dia terror.
  3. Bila anak kucing aku mati , dia jadi pendengar setia di hujung talian telefon mendengar esakan aku.Dan dia bagi aku anak kucing yang baru...iaitu Miko...
  4. Bila mak cakap garam dah habis, dia dah ada atas motor skuter untuk ke kedai beli garam.
  5. Bila dia beli baju untuk anak-anaknya, pasti dia akan beli satu untuk Mawaddah...
  6. Bila aku bersajak dan bermadah helah, eh. Bermadah pujangga, dia tak jemu mendengar , melayan dan ketawa terkekek-kekek...
  7. Kereta, motor, skuter, van, jeep , yang manual, auto, semua dia boleh pandu.. lesen lori balak je dia takde..
  8. Selalu penuhkan masa anak-anaknya dengan aktiviti berfaedah. Kelas renang, teakwando, kem solat, kem motivasi,khemah ibadah,  kelas lukisan... lepas tu dia jadi superwomen hantar anak ke hulu ke hilir..
  9. Kalau kat rumah ada majlis, dia punch card lewat.Tapi , dia akan jadi mrs muscle clear kan semua yang patut...
  10. Kalau dia ketawa, suara tu aku dengar seolah-olah keluar dari lubuk hatinya..
    Jadi.. aku sangat sayangggg kat dia ..... 
      
    Ya Allah, cekalkan jiwanya ,kuatkan semangatnya, janakan mindanya, sihatkan jasadnya, kentalkan emosinya... semoga dengan itu, dia berupaya menjadi hamba yang diredhai, anak yang diberkati, isteri yang dicintai, ibu yang sejati.... amin ya Allah!!

    Selamat Hari Jadi Kak Enor...







    Saya rasa:

    Catat Ulasan

    0 Ulasan

    Close Menu