Ad Code

Responsive Advertisement

Datanglah....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua...

Masih tidak habis lagi cerita kisah Hari Terbuka di sekolah Mawaddah 1 Julai 2011 yang lalu...

Pagi itu, saya  lihat kawasan sekolah penuh sesak dengan kenderaan ibu bapa. Ini bermakna majoriti ibu bapa mengambil berat akan pelajaran anak-anak. Seboleh-bolehnya pasti ingin hadir walaupun sekejap. Saya teringat pakar motivasi terkemuka iaitu Dr. Stephen R. Cover  yang menulis buku The 7 Habits of Effective People mengatakan beliau tidak pernah gagal untuk menghadiri sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah anaknya. Mungkin kita perlu mencontohi beliau dalam hal ini.Kehadiran ibu bapa memberi kesan yang mendalam dalam jiwa anak-anak dan secara tidak langsung menunjukkan ibu bapa memberi komitmen kepada pihak sekolah dalam mencapai kecemerlangan murid-murid.


Laluan sesak seketika...

Sambutan Hari Penyampaian Hadiah, Hari Terbuka, Mesyuarat Agung PIBG contohnya, selalu mendapat kehadiran yang memberansangkan daripada ibu bapa ketika anak-anak di sekolah tadika dan sekolah rendah.Apabila Hari Sukan, satu keluarga turun padang siap berpayung berpanas untuk memberi sokongan kepada si anak. Sewaktu Hari Penyampaian Hadiah, sempat merakam video sebagai kenang-kenangan, untuk ditunjuk kepada nenek dan datuk walaupun   si anak hanya membuat persembahan. Namun, senario ini berbeza apabila anak melangkah ke sekolah menengah. 

Persoalannya:
  • Mengapakah ibu bapa sudah tidak berminat untuk hadir ke majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah menengah??
  • Apakah ibu bapa beranggapan bahawa anak-anak mereka sudah besar dan tidak memerlukan kehadiran ibu bapanya ke sekolah??
  • Adakah ibu bapa mengutamakan soal kerja daripada pendidikan anak-anak??
Kesannya:
  • Kita boleh lihat kebanyakan masalah sosial bermula di sekolah menengah. Merempit, merogol, memeras ugut , buli , ponteng dan seumpamanya , banyak terjadi dalam kalangan remaja.
Puncanya mungkin banyak tetapi salah satu yang utama ialah PERHATIAN IBU BAPA. Selalunya mereka yang bermasalah disiplin  memang kurang perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.

Oleh itu, saya menyeru diri saya sendiri dan rakan-rakan semua , janganlah kita terlepas pandang akan tarikh-tarikh aktiviti penting di sekolah anak-anak.Hadirlah, berilah sokongan kepada anak anda kerana walau berapapun umurnya, anak  tetap anak , dan ibu ayah tetap ibu ayah!

nota kaki: usahlah berubah....

Saya rasa:

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu