Ad Code

Responsive Advertisement

Kempen Amalan Hijau

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Minggu ni semua orang bercakap tentang BERSIH.Semua kena BERSIH.Aku pun ada cerita bab-bab BERSIH ni, cuma ruang lingkupnya kecil sahaja.

Suatu hari, aku ternampak pekerja yang mengutip sampah mengirai-ngirai sampah-sarap yang dicampakkan ke dalam lori sampah. Hairan juga aku, mengapa nak dilambakkan lagi sampah yang sedia ada dalam lori tu?! Setelah dalam 10 minit aku perhatikan dari tingkap bilik atas, barulah kutahu, rupa-rupanya mereka sedang mengasingkan sisa makanan dengan botol, tin dan bekas-bekas plastik yang bercampur ketika dibuang. Seterusnya, mungkin bahan-bahan buangan tersebut dijual untuk dikitar semula. Duit hasil jualan bahan tersebut mugkin dibahagikan sama rata antara pekerja-pekerja yang bertugas hari itu. 

Tersentuh juga hatiku. Selama ini, kita buang sampah sesedap rasa sahaja. Sisa makanan, tin susu, tin sardin, botol mineral ,botol sos, kotak-kotak semuanya bercampur. Mungkin bagi kita semua yang dibuang itu sampah namun, ianya bermakna kepada mereka yang kurang mampu....walaupun mereka hanya mendapat RM3 dengan menjual bahan-bahan tersebut, lepas juga mereka makan untuk tengah hari itu.

Apa kata selepas ini, mari kita pakat-pakat asingkan sampah atau bahan terpakai di rumah. Perubahan yang kecil, mampu memberikan impak yang besar, kepada orang lain mahupun kepada alam ini....

Asingkan : kotak, kertas, botol dan tin 




nota kaki: jangan lupa asingkan tau...
Saya rasa:

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu