السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua...
Semakin hari aku meniti kehidupan yang semakin sibuk. Aku kira semua orang juga begitu. Kerja-kerja sekolah dan kerja-kerja rumahtangga, tetap dipikul sedaya mampu. Di celah-celah kesibukan itu, aku cuba mencuri waktu untuk membeli dan membaca sebuah buku dan tidak kusangka-sangka, buku itu amat menghiburkan , mencuit hati dan mewarnai puing-puing kehidupanku.....
Walaupun aku baru membaca sehingga halaman 99 daripada 311 halaman, banyak sungguh informasi yang aku dapat. Sekalung tahniah kepada penulis : Allan dan Barbara Pease yang menulis buku Why Men Don't Listen And Women Can't Read Maps terbitan PTS Millenia.
Kenapa perempuan selalu tidak perasan isyarat blink blink tangki minyak kereta yang kian kosong walaupun ianya terletak di dashboard kereta depan matanya? Tetapi, stokin yang tersorok di bawah almari boleh pula dia nampak??
Kenapa lelaki selalu tidak jumpa bekas mentega di dalam peti ais yang terhad ruangannya? Tetapi, sangat mahir perihal arah jalan walaupun melihat kepada peta yang bersimpang- siur .
Rupa-rupanya , perempuan mempunyai penglihatan periferi yang lebih luas ditambah dengan hormon estrogen sehingga membantunya mengesan situasi dengan efektif.Perempuan mampu mencari barang di dalam peti ais tanpa menggerakkan kepalanya!
Manakala kajian menunjukkan, lelaki mencari perkataan M-E-N-T-E-G-A apabila mencari makanan itu di dalam peti ais! Patutlah.... heheheh...
Buku ini bukan sekadar menceritakan hal lelaki dan wanita yang sangat berbeza, malah menjelaskan banyak fakta dan penemuan sains tentang dua gender ini secara menyeluruh.Bukanlah ianya bertujuan menjarakkan hubungan tetapi menjadikan kita lebih memahami situasi sebenar dalam kehidupan.Lebih-lebih lagi dalam rumahtangga.
Semakin kubaca, semakin kufahami diri sendiri sebagai seorang perempuan....
Jom baca!
nota kaki: Membaca budaya bangsa berjaya!

2 Ulasan
ooooo patotlah...camtu rupenye yek?
BalasPadamtp mc best jek buku nih, tgk muke depannye pon dah menarik kan?
ada banyak lagi fakta yang kita dapat tahu melalui buku ini... memang menarik!
BalasPadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)