Ahad, 3 Julai 2011

Mama Oh Mama!

السلام عليكم عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua....

Hari yang panjang.

Aku mendapat pengalaman baru.Kali pertama mengambil 'report card' anak dengan perasaan berdebar-debar.

Ketika beratur menunggu giliran, aku terdengar satu suara kecil dari tingkap kelas Mawaddah.

" Mama, mana mama ni....  oh .. mama kerja..."

Hatiku bagai disagat.Aku berpaling. Seorang murid lelaki meninjau-ninjau ke luar dari tempat duduknya.

Mana mama ni....

Dia mengulangi kata-katanya tadi.Aku tersenyum memandang.Dia tersipu-sipu. Dalam hati ,aku berdoa dan berharap mamanya akan muncul seketika nanti.

Lebih kurang 15 minit kemudian, tiba-tiba anak itu  meluru keluar lantas memeluk mama yang ditunggu. Dialah yang sangat mengharap hadirnya mama dan papa. Tatkala itu, hatiku tidak berhenti mengucap tahmid kepada Ilahi. Syukurlah! Jika tidak, hatiku akan terus disagat bila terkenang kata-katanya: 

"Mama, mana mama ni.. oh, mama kerja...."

nota kaki: sendiri mau faham ya......

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)