Ad Code

Responsive Advertisement

Dilema Hari Terbuka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua...

Tengah hari.

"Kak, esok Hari Terbuka, akak tak rasa apa-apa ke?Saya risaulah.... " luah Yana, seorang guru muda yang akan menghadapi pengalaman pertamanya esok bertemu ibu bapa pada   Hari Terbuka di sekolah .

"Semua dah siap, kan... apa lagi yang nak dirisaukan..." Saya cuba meredakan keadaan.

"Apa saya nak cakap kat parent? Pulak tu, budak-budak kelas saya siap bagitau lagi, : Cikgu, esok ayah saya datang. Cikgu cakap yang baik-baik je pasal saya tau. Ayah saya tu garang, silap cakap, teruk saya kena belasah nanti ,cikgu! Alahai kak, lagi lah risau hati saya ni takut tersalah cakap."

Tercuit hati saya. Pelajar memang pandai psiko guru-guru baru.

Sebenarnya semua orang akan berdebar menghadapi Hari Terbuka di sekolah. Pentadbir , guru, ibu bapa dan murid itu sendiri. Semuanya risau, entah apalah 'nasib' pada hari itu.


 Hari Terbuka hanya setahun sekali... ekploitasi sebaik mungkin!

Jadi, marilah kita sama-sama menjadikan Hari Terbuka sebagai hari yang memberi manfaat kepada semua pihak.Di kesempatan yang terbatas ini, saya ingin berkongsi pengalaman dan tips kepada rakan guru ketika bertemu dengan ibu bapa pada Hari Terbuka.
  1. Pastikan anda memakai tanda nama supaya ibu bapa akan ingat siapa guru yang melayannya.
  2. Pastikan mulut dan nafas anda segar supaya ibu bapa senang berbicara dengan anda.
  3. Bawa air mineral , sekurang-kurangnya anda tidak kehausan bertemu seorang demi seorang ibu bapa yang hadir.10% rasa dahaga akan menyebabkan 30% tumpuan anda hilang.Manakala 30% rasa dahaga menyebabkan fokus anda hilang sebanyak 50%!
  4. Memberi atau menjawab salam.Senyum.
  5. Mulakan perbualan dengan berkata: 
  •  Secara keseluruhannya, pencapaian anak puan/encik adalah cemerlang/ memuaskan/ sederhana/ agak lemah tetapi masih boleh diperbaiki.

  • Elakkan bercakap yang sangat negatif supaya mood ibu bapa tidak merudum dengan kata-kata negatif guru .Sebagai contoh: Dia selalu ponteng. Kerja tidak siap. Selalu tak hantar buku.Anak puan ni malas.
Tukar kepada:
  • Cuba encik lihat, walaupun dia selalu ponteng, dia masih lulus mata pelajaran ini. Saya yakin, jika dia rajin ke sekolah, selalu buat kerja sekolah, dia boleh dapat B malah A sekalipun.
  • Anak puan sebenarnya pandai, cuma jika dia lebih rajin, dia pasti dapat markah lebih baik.
  • Usah hanya berkata yang tidak baik kepada murid di depan ibu bapa mereka. Ini hanya menambah kekecewaan ibu bapa yang hadir.Malah, langsung tidak akan mencapai objektif Hari Terbuka diadakan.
Sebaliknya:
  • Koreksi potensi dan puji kebaikan murid hadapan ibu bapa mereka. Ini akan memberi sinar harapan kepada kedua-dua pihak untuk terus maju ke hadapan.
Jika ibu bapa mengadu hal anak, usah kita tambah lagi.Contoh:
 
En. Abu: Anak saya ni suka tidur lambat. Asyik keluar malam. Main games tak 
                 berhenti.Pening saya ,cikgu.
Cikgu   : Patutlah dia selalu tidur dalam kelas.... Kerja tak siap.....

Tukar:

Cikgu: Kalau begitu, mungkin encik perlu hadkan masa dia keluar. Buat syarat jika tidak         
           lulus    subjek ,  internet dilarang.  
           (Beri idea atau cadangan yang sesuai untuk ibu bapa )

Saya berharap, majlis yang diadakan setahun sekali itu tidak disiak-siakan oleh ibu bapa dan para guru  kerana itulah peluang untuk ibu bapa bertanya kepada guru tentang pencapaian dan tingkahlaku anak ketika di sekolah. Secara tidak langsung, kehadiran ibu bapa dan kebijaksanaan guru mengendalikan 'dating setahun sekali' itu membuatkan anak-anak rasa dihargai dan diambil peduli seterusnya menguatkan azam untuk mereka mencapai kemajuan.....

nota kaki: buat yang terbaikkkkk......


Saya rasa:

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. salam....pagi tadi hari terbuka sek eihab...cikgu dia kata eihab banyak ckp...keja buat n siap tp suka cakap...hehe...aku beritau kt cikgu dia- tegur - kalau dia buat salah ganggu kawan ke...bising dlm kelas - marah je cikgu ...eihab yg ada kt sebelah aku sengih je...

    BalasPadam
  2. salam alaik...

    aik, selalu budak perempuan yang banyak cakap, ni lelaki plak.. heheh...macamana keputusan eihab? Esok (Jumaat) Hari Terbuka sekolah Mawaddah pula... umminya pulak yang berdebar-debar... huhuhu

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu