Rabu, 3 Ogos 2011

Dia Datang Akhirnya....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Setahun aku menunggu. Rejab tahun lalu, aku bermimpi. Mimpi yang memohon dan mengajar aku bagaimana untuk berdakwah kepada seorang teman untuk melengkapkan dirinya sebagai seorang muslimah yang sejati.

Namun, hidayah itu milik Allah. Walaupun hati kecewa menunggu, aku akur.

Aku terus menunggu. Sementara itu, aku usahakan dengan sedikit tazkirah dan motivasi. Bait-bait kata , aku luahkan sejujur-jujurnya. Biar jelas tanpa berkias.

"Aku tak kuat..." Dia menghela nafas dalam.

"Kekuatan itu daripada Allah,cukupkan solatmu, banyakkan zikirmu. Pasti datang kekuatan itu nanti." Aku terus meniup kekuatan.

Akhirnya, Ramadhan ini, dia datang. Dengan imej baru tanda mengikut aturan Allah. Lebih tenang, manis dan berseri.

Hatiku basah kesyukuran. Nafasku berlagu kegembiraan. Jiwaku dipeluk ketenangan yang tiada berkesudahan... 

Alhamdulillah, hidayah dan kekuatan itu semuanya milik Allah. Syabas sahabatku, doaku semoga dirimu gembira, tenang dan bersyukur dengan apa yang ada.....



Nota kaki: ... Allah itu Maha Mendengar hamba-Nya....

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)