Khamis, 1 Disember 2011

Cikgu Buat Apa Masa Cuti??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua....

Cuti sekolah kali ni betul-betul terasa nikmatnya. Dada rasa lapang, hati rasa tenang, otak tak serabut, hati tak sakit (dengan insiden yang tak masuk akal).. Aduhhh.... syok habis!Masa ni lah nak Ops Bersih... Kemas rumah dan buat segala macam hajat yang tertangguh.Walaupun Mawaddah demam, tapi CikMa puas dapat menghadapnya seharian suntuk. Masa untuk makan ubat , semua terkawal dan terjaga.Terasa untung betul jadi cikgu time macam nih...


Memang ramai yang jeles bila cuti sekolah. Jeles kat cikgu laaa...  Sebab dapat bersantai-santai sebulan lebih... Cukup bulan gaji masuk... kan?kan?

Tapi .... CikMa nak habaq mai... Walaupun cuti, tapi kami tetap bekerja tau... Cuma kerja tu macam halimunan... tak berapa nampak di mata kasar , sebab kami tak punch card... Antara kerja yang cikgu buat masa cuti sekolah ialah:
  1. Jaga SPM (mula 14 November hingga 14 Disember)
  2. Buat Modul untuk kegunaan murid tahun depan (ikut subjek)
  3. Buat Rancangan Pelajaran Tahunan (kalau ajar 2 subjek, kena buat 2 lah...)
  4. Buat PSK (Pelan Strategik Kurikulum)
  5. Bertugas jaga SPM di sekolah 
  6. Buat Perancangan Aktiviti 2012
  7. Buat Belanjawan Tahunan
  8. Mesyuarat , Mesyuarat, Mesyuarat dan Mesyuarat. (mula 16 Disember 2011)
  9. Kendalikan  Hari Orientasi Tingkatan 1 pada 30 Disember
  10. Cukuplah tu.... huhuhuwaaaaaaa
Jadinya..... takyah cemburu buta ek... Redha je lah dengan pilihan kerjaya masing-masing... Yang penting kita bahagia..... Tak gitu??


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

2 ulasan:

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)