السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua..
Dah bulan 12 nih... Tentu ibu bapa dah mula nak beli keperluan sekolah anak-anak kan? Namun , masih ada lagi ibu bapa yang tak pasti sama ada mahu menghantar anak ke sekolah agama atau tidak. (bagi anak-anak darjah 1)
Teman-teman CikMa pun ada yang tak sampai hati nak hantar anak belajar di dua sekolah, pagi dan petang. Sekolah kebangsaan dan sekolah agama.Dah lah budaknya kecik, besar beg dan berat begnya sama tuan, pastu nak pulun sekolah kebangsaan dan sekolah agama.Alahai.. ciannya...
Ada yang tanya pendapat CikMa... Nak kata CikMa ni ramai anak, si Mawaddah tu lah sorang pengarang jantung hati kan.Tapi, CikMa ada ramai anak buah... Jadi dapatlah CikMa gabungkan pengalaman dan pengetahuan yang ada....
Alasan tak hantar anak ke sekolah agama:
- Anak penat, kesian kat dia
- Susah terkocoh-kocoh nak siap-siap ke sekolah agama
- Malam baru dapat buat homework
- Siapa nak hantar?
- Belanja dan yuran berganda...
Point 1 - 3 adalah masalah anak.
Point 4 dan 5 adalah masalah kita.
Bagi CikMa, budak-budak tenaganya banyak. Cuma time dia dah penat sangat, biasanya dalam tempoh dua minggu, dia akan 'pancit'. Jadi CikMa cutikan je dia... Ustazah sekolah agama pun faham.. yang penting jangan cutikan masa hari peperiksaan....
Suatu hari tu, sekolah agama cuti. CikMa tengok lepas balik sekolah kebangsaan, anak-anak buah CikMa tak juga buat kerja sekolah. Malam jugak baru mereka siapkan. Sepetang tu main dan tengok tv saja.Itu baru satu hari. Kalau hari-hari macam tu.. hmmm...sayang juga masa muda mereka.
Pendidikan agama di sekolah agama dapat melengkapkan apa yang mereka pelajari di sekolah kebangsaan. Malah, fokus agama sahaja -Tauhid,Bahasa Arab, Al-Quran, Feqah , Jawi dan Akhlak.Walaupun anak-anak penat, asalkan mereka terima 5/10 daripada ilmu yang diajar pun dah cukup baik.CikMa dengar anak-anak buah azan,katanya ustaz sekolah agama yang ajar.Sejuk perut ibu mengandung....
Point 4 dan 5 tu... bagi CikMa, sebagai ibu bapa yang dewasa dan matang, tentulah ada jalan keluarnya. Anak-anak adalah pencen akhirat , saham akhirat.... Biarlah bersusah-susah dahulu pendapatan....
Ada ibu bapa yang merungut, yuran sekolah agama campur dengan pengangkutan mahal...Dalam lingkungan RM120 atau lebih.. tapi bila kita terbujur kaku, alunan ayat Al-Quran dari mulut anak itulah hasilnya.. Mudah-mudahan....
Itu jelah pendapat CikMa ... Namun setiap orang ada pendapatnya... Jom kongsi!
0 Ulasan
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)