Jumaat, 30 Disember 2011

SBPA - Sebal Betul Perasaan Aku

 
 
 
Aduhai, lama rasanya tak masuk 'rumah' sendiri. Maklum sahajalah, saat-saat percutian makin berakhir, semua tugasan harus dibereskan dengan segera.
 
SBPA. Kawan-kawan dah tandatangan tak?
 
CikMa sudah, tapi dengan perasaan sebal.
 
Kenapa?
 
Sebab  angka gaji yang terpampang sungguh tidak 'menepati selera'. Mengada-ngada !

Orang lain, memang sah-sah lah semuanya naik, tapi CikMa pula tidak naik seperti hakikat.Banyak bezanya,bukan seratus dua, tapi lebih tau.... huhuhu

Gara-gara?

Buku Rekod Perkhidmatan yang tidak dikemaskini. 
Pernah dengar tak BRP ni? 
 
“Buku Perkhidmatan Kerajaan” (selepas ini dirujuk sebagai Buku Perkhidmatan) bermaksud buku bernombor Am 274 yang disediakan khusus bagi merekodkan maklumat peribadi, perkhidmatan, cuti dan kelakuan untuk setiap pegawai awam.

Kalau nak baca lanjut, tekan sini.
 
Semua hal kita, naik pangkat, cuti, kursus ,SKT, semuanya ada dan patut tercatat dalam BRP ini.
 
Biasanya,jika kita ingin memohon sambung belajar, mohon  naik pangkat dan sebagainya, salinan BRP diperlukan.
 
Jadi, CikMa berpesan kepada semua kawan-kawan, sebaik-baiknya semak BRP di JPN masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Salinan sijil kursus yang disahkan juga perlu dihantar ke Bahagian Perkhidmatan supaya dapat direkod.
 
Sudahnya, orang lain semua syok sebab dah tandatangan SBPA, tapi CikMa? Rasa sebal je sebab urusan tergantung.....Sabar je lah....



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

4 ulasan:

  1. BPR tu apa...aku tak penah dengo...emis ke..?

    BalasPadam
  2. aku rasa buku BPR tu..buku yg panjang..yg tulis tangan ...selalu ada kat sek kita bertugas...aku penah tgk ...dia tulis semua....betui ke

    BalasPadam
  3. Sekolah akak BRP disimpan kat pejabat sekolah. Rasanya sejak tahun lepas. Ia tidak lagi disimpan di JPN. Memang pengetua/PK selalu pesan suruh semak sendiri kot-kot ada maklumat penting yg tak dicatat. Ia akan mempengaruhi banyak perkara. Tapi faham je la cik ma, memang kebanyakan kita suka tangguh kerja, last-last lupa mcm tu saja. Dah jadi mcm ni semua kelam kabut dibuatnya. So lepas ni rakan-rakan semua jadikan pengajaran ye.

    BalasPadam
  4. Ummu eihab,

    BRP bukan BPR kalau BPR, dah jadi Badan Pencegahan Rasuah... hehehe...
    cuba tekan kat CikMa tulis tekan sini.. situ ada info. tapi memang betullah buku panjang yang ditulis tangan.Tapi setakat yang CikMa tahu buku tu ada di bhgn perkhidmatan JPN.

    PPI SMKRA,

    Tak pasti pula CikMa, sama ada sekolah CikMa dah ambil alih BRP tu ke tak.. tapi dua bulan lepas kawan-kawan yang memerlukan BRP tu kena berhubung dengan JPN lagi...

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)