Sesi persekolahan 2012 semakin hampir. Persediaan CikMa dengan Mawaddah 'sama naik'. Abah duduk perhati sahaja , bertanya itu ini sambil tangan menghulur $$$ :)
Apa yang nak kena CikMa sediakan ni??
Sebagai ibu:
- Pastikan buku sekolah anak semua dah mencukupi.
- Pastikan pakaian sekolah anak selesai dibeli, dicuci dan digosok.
- Pastikan sudah mendaftar taska transit, sekolah agama dan pusat tuisyen.
Sebagai isteri / surihati:(bukan Lisa Surihani)
- Pastikan baju kerja suami sedia bergosok.
- 'Goda' suami ke pasar untuk penuhkan stok bahan mentah peti ais
- 'Goda' suami ke pasar raya untuk lengkapkan barang dapur : beras, minyak, gula dan sewaktu dengannya.
- Kisar cili, bawang putih dan bawang merah siap-siap, simpan sejuk.
- Kemas rumah sebagai sentuhan kepuasan sebelum sibuk bekerja.
Sebagai guru :
- Pastikan Buku Rekod Mengajar siap dibalut, dan ditulis rancangan pelajaran hari pertama .
- Pastikan Sukatan, Huraian dan Rancangan Pelajaran tersedia.
- Buat buku kedatangan sementara.
- Pastikan dakwat mesin pencetak sedia diguna.
Wah, baki 4 hari lagi... agak-agak sempat ke CikMa sediakan semuanya ya??
0 Ulasan
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)