Ad Code

Responsive Advertisement

Kena Belajar Lagi....

 
 
Ya. CikMa kena belajar lagi.  Bila ? Kat mana?

Ha..... mula minggu depan, CikMa akan mengajar Tingkatan 3, 4 dan 5 bagi subjek Pendidikan Islam. 
 
 
Tiga buah buku yang CikMa WAJIB dikhatamkan!
 
Sejak posting, Cikma tidak pernah mengajar Tingkatan 3, 4 dan 5 untuk subjek ini. Sebelum ini, CikMa hanya mengajar Tingkatan 1 dan 2 Pendidikan Islam, Bahasa Melayu Tingkatan 2 dan Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1. Sebenarnya, bidang CikMa adalah Bahasa Arab, lulusan dari Jordan , lagi! Tapi...... inilah subjek yang diberi.... terima sahajalah kan.... makan gaji katakan....
 
Ini bermakna, CikMa tender untuk subjek Pendidikan Islam dari Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 5 di sekolah CikMa. Kenapa??

Yang pertama, sebab guru agama tidak cukup. Seorang ustazah telah berpindah ...
Yang kedua, memandangkan pelajar Islam tidak ramai, maka tiada lagi guru agama yang akan dihantar.

Oleh yang demikian, CikMa lah yang akan memikul tanggungjawab ini... CikMa Ketua Panitia, CikMa tender semua ... Program Pendidikan Islam pula banyak, aduhai... risaunya hati CikMa. Murid Islam memang tidak ramai, jumlah semua  dari tingkatan 1 hingga 5 hanyalah 130 orang.... Tapi...susah hati juga bila mengenangkannya. 
 
Mampukah??
Bolehkah??
Sempatkah??
 
Jadual bekerja CikMa juga berubah. CikMa akan mengajar dua sesi, separuh di pagi dan separuh lagi di sesi petang. Nampaknya, dapatlah CikMa balik rumah sebelum terbenamnya sang mentari...... Alhamdulillah ... Moga ada hikmah dan kebaikan di sebalik kejadian...
 
Apapun CikMa akan berusaha buat yang terbaik... CikMa mahu mengajar ilmu agama, untuk penghayatan dan amalan anak-anak generasi Islam... Semoga Allah berikan CikMa kemudahan dan keberkatan dalam memikul amanah ini.... 

p/s: kepada anak-anak murid ustazah yang membaca tulisan ini,ustazah harap anda semua jadi baik dan rajin, ya! jangan buat ustazah pengsan, ok!  >.<
Saya rasa:

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu