Ad Code

Responsive Advertisement

Mahu 1000 Cara



Pagi  ni sempat CikMa tengok MHI TV3... Hos ada membuat panggilan telefon kepada pelajar istimewa, yang mendapat 9A dalam PMR baru-baru ni.

Pelajar yang dimaksudkan ialah Adik Muhammad Hadi Darus , pelajar OKU dari Pendang Kedah yang dilahirkan tanpa kedua-dua tangan selain terpaksa menulis dengan kaki.

Bersama bonda kesayangan


Menggunakan kayu sebagai ganti fungsi tangan


Jika mahu 1000 cara



Dalam perbualan mereka, Hadi berpesan kepada semua ibu bapa yang dianugerahkan anak yang cacat atau kurang upaya sepertinya,  supaya tidak mensia-siakan anak itu. Katanya, mungkin pada suatu hari anak tersebut akan membawa hikmah dalam keluarga.
 
 
Menitik juga air mata CikMa pagi-pagi Jumaat ni.T-T
 
 
Bila direnung-renungkan,  kita yang sempurna ini sewajarnya dapat berbakti dan buat sesuatu perkara sehabis baik dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Tiada alasan dan sebab kenapa kita tidak boleh maju dan berjaya......

 
Foto ihsan : Google dan NST
Saya rasa:

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu