Hari pertama persekolahan ramai yang tak bawa buku teks, walaupun sudah diberi akhir tahun lepas.
Alasannya? Sebab belum ada jadual waktu lagi.Berat nak bawa semua. Begitulah cerita di sekolah menengah.
Mawaddah dan kawan-kawannya,baru dapat buku teks pada hari pertama persekolahan. Hari kedua, semua buku mahu dibawa, walaupun jadual belum diterima. Berat, maklum sahajalah. Itu pula cerita di sekolah rendah.
Berbezakan?? Kisah budak kecik , dengan kisah budak besar. Malas nak cerita.
Disebabkan kasihan tengok Mawaddah nak pikul beg yang sangat berat, sampai nampak melengkung badannya, jadi CikMa pun tolong hantar kemudian selepas perhimpunan. Bukan nak manjakan anak yang seorang , tapi mengenangkan dia tu ada asma, jadi, CikMa pun tolong bawakan....
15 buah kesemuanya... , berat ! |
Sampai di sekolah, CikMa nampak kebanyakan murid kelas Mawaddah membawa beg yang penuh muatan. Kelas, tingkat 2. Mencungap sekejap.Aduhaiiii.....
Harap-harap cikgu dapat beri jadual waktu dengan segera.... Kesian budak-budak tu....
(
0 Ulasan
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)