Bersekolah 2 minggu setengah, pen merah pertama CikMa sudah 'tamat riwayatnya'.
Itulah salah satu azam CikMa pada tahun baru ini... Cepat-cepat siapkan tanda buku murid.Maklumlah, sekarang CikMa mengajar lima kelas, daripada Tingkatan 1, hinggalah Tingkatan 5. Jumlah buku nota dan buku latihan yang ada adalah sebanyak 522 buah !!!
Tak percaya?? Itulah hakikatnya.
Mula tahun ini, CikMa bukan sahaja akan terus mengumpul pen merah yang dah kehabisan dakwat, malah, CikMa akan membuat kira-kira, berapa banyakkah RM yang diperlukan dalam setahun untuk para guru membeli pen merah. Saja je CikMa nak menambah kerja.. hehehe
Pen merah tamat riwayat sebagai koleksi CikMa... :) menarik, murah dan mudah!
Sebatang pen merah , harganya RM1.80. Sengaja beli yang dakwat basah, tebal, seronok je bila menanda. Sebenarnya, kalau pen yang digunakan selesa dan sedap dipakai, itu akan menambah semangat untuk kita menanda buku yang berlambak tu....
Siapa yang nak tahu tentang menanda buku ni... sila tekan di sini
Ok, CikMa sambung lagi nanti... nak kena tanda lagi nih... huhuhu
2 Ulasan
Wah..banyaknye koleksi pen merah kak ma..sya nye..abis terus buang..huhu
BalasPadamMala.. saja akak simpan... almari hiasan kosong katakan.. berseri sikit ada merah-merah. hihihi
BalasPadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)