Jumaat, 3 Februari 2012

Status Facebook Cikgu/ Pensyarah

 
 
Cerita tentang facebook.

Alah, cuti nak habis.... malasnya nak pergi kerja.....

I hate u. Aku meluat tengok muka engkau!Berambus, pergi jahanam!

Hatiku patah, sia-sia sahaja perhubungan kita selama ini

Begitulah, serba sedikit status facebook  yang 'terbaca ' oleh CikMa.
 Ada lagi.
I miss my kids. My Family. Asyik kena hantar kursus je... boring!!



Facebook, memanglah hak peribadi. Namun, CikMa cadangkan, sekiranya kita mahu 'kebebasan menaip' , ada baiknya kita asingkan akaun untuk teman dan anak murid.

Kenapa?
Banyak kebaikannya jika diasingkan.

Bayangkan , apabila anak murid  kita sama ada  di sekolah, kolej atau universiti membaca status kita yang sedemikian, adakah itu memberi kebaikan atau sebaliknya kepada mereka?



Di sekolah, di kolej mahupun di universiti, kita sebagai pendidik berkobar-kobar menyebar ilmu kepada anak murid. Tetapi, malangnya hanya dengan status fb kita yang 'tanpa mengira batasan' itu, mungkin boleh mempengaruhi pemikiran para pelajar.


Mereka juga akan tidak bersemangat apabila cuti tamat.
Mereka akan tahu bila masanya jiwa kita ' kacau.'
Mereka juga akan rasa bosan dalam aktiviti seharian.

Tulisan dan kata-kata, sememangnya bisa sahaja mempengaruhi minda dan tingkahlaku orang lain. Oleh itu,CikMa berpesan kepada diri sendiri dan teman-teman pendidik yang lain , supaya berwaspadalah ketika menekan huruf-huruf itu....

Peace no war... :)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. tau tak per... :)

    memang patut pun diasingkan..ataupun tapis aja sendiri apa yang nak dipostkan..

    yer tak? ;)

    BalasPadam
  3. Sgt setuju dgn cik ma... bile fb blh dibaca oleh ank murid kite sdikt sbyk mengganggu kprcayaan pljr thadap kite sbg guru mereka...

    BalasPadam
  4. setuju..n saya sedarinya, tp rasa xde mood nk buat akaun baru. biarlah apa yg ada d share sama murid2, tp kebanyakan murid saya adalah dr kalangan yg terpilih yg mmg close sama saya. dan kadang2 post status saya pun saya tapis nama mreka dr mmbacanya...so xde la keje susah2 wat akaun lain.

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)