Ad Code

Responsive Advertisement

Tahun Yang Mencabar!

 

Sudah hampir sebulan CikMa mengajar ' dua alam'. Sesi pagi dan sesi petang. Ada kelebihan dan kekurangan jika mengajar dua sesi ni. Yang baiknya, hanya satu hari je CikMa sampai rumah jam 8 malam. Selebihnya, Asar sudah tiba di rumah.Alhamdulillah. Yang tak berapa baiknya? CikMa terpaksa memandu selama 1 jam sebelum tiba ke sekolah. Sana sini jalan sesak.Bagi orang feremfuan macam CikMa , memandu terlalu lama dan jauh bisa aja membuatkan tenaga cepat berkurang.



Jadi di sekolah , CikMa lah satu-satunya guru agama. Murid-murid, lelaki semua. Pelik kan? Tapi itulah hakikat yang CikMa kena redah. Sebagai sumber kekuatan, CikMa niatkan setiap perbuatan kerana Allah. Terasa Dia ada di setiap saat, buatkan diri jadi kuat. Terasa Dia dekat di hati, buatkan diri sentiasa diredhai. Mudah-mudahan, amin.

CikMa mengajar  Pendidikan Islam, Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 5.Oleh kerana murid Islam sekolah CikMa tidak ramai, iaitu 124 orang sahaja, maka tiada lagi guru agama dihantar setelah seorang ustazah sekolah CikMa berpindah ke Selangor.

Mencabar! Selama 10 tahun ini, CikMa hanya mengajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2, namun tahun ini mesti bekerja keras , sebab murid PMR dan SPM akan CikMa ajar. Harap-harap CikMa dapat mengajar mereka dengan baik.

Menjadi Ketua Panitia, seorang diri, sememangnya mencabar. Program agama di sekolah , banyak. Namun, CikMa yang terpaksa pikul semuanya sendirian. Fail Panitia yang berbelas-belas itu, kenalah CikMa yang hadap seorang. Kalau sebelum ini, bahagi dua, tidaklah terasa sangat. Belum kira lagi tugas-tugas lain seperti guru biasiswa , guru penasihat, guru disiplin dan lain-lain lagi. Namun, apa boleh buat...CikMa mesti belajar menerima realiti kehidupan. Mesti kuat hadapi dugaan.

CikMa yakin, di setiap kejadian dan ketetapan, Allah letakkan sebaliknya banyak hikmah dan kebaikan. Semoga CikMa menemui semuanya itu dalam perjalanan!
Saya rasa:

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. semoga terus tabah n redha..semangat waja sentiasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kin..
      memang kena terus tabah, redha dan bersemangat.... !!!

      Padam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu