Ad Code

Responsive Advertisement

Berita Gembira CikMa :D

 
 
Beberapa orang teman menelefon CikMa untuk bertanya  berita gembira yang CikMa  dapat minggu ni. Dalam 'laman muka buku' ramai yang menyangka CikMa hamil. Terkadang apa yang kita mahu, Allah belum perkenan, tetapi diberi yang lain sebagai ganti. Namun, itulah hakikatnya.Allah lebih tahu.


"Hello, ini Puan Maryati Bt. Mohd Amin ?" - Ya, saya bercakap.
"Puan, tahniah."



Ketika menerima  panggilan telefon itu, CikMa rasa biasa-biasa sahaja. Masakan tidak, sekarang siapa-siapa pun boleh menyebut nama kita dengan tepat. Ucapan tahniah, mungkin sebagai permulaan bicara sebelum mempromosikan produk.

""Puan ada memohon Kursus 4 Siri Pengkarya Guru?" Tanya si pemanggil.
 
Minda CikMa terus berceratuk.
Oh, ya! Hampir sahaja terlupa dek keralitan menyaksikan penyampaian hadiah pertandingan kawad kaki petang itu.

 
Bulan lalu, CikMa telah mengisi borang secara online, memohon untuk menyertai kursus penulisan buku kanak-kanak.
 
Alhamdulillah, akhirnya CikMa tersenarai dalam tawaran terhad untuk  100 orang guru  1 Malaysia bagi menyertai  Kursus 4 Siri Pengkarya Guru .Anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), ditaja sepenuhnya oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Syukurlah!
 


Minat menulis buku kanak-kanak timbul apabila Mawaddah, anak CikMa yang seorang itu, mula membaca buku cerita kanak-kanak.

 Setiap kali pergi ke kedai buku, dia akan jadi tidak tentu arah. Lagaknya seperti berjumpa dengan harta karun.Dibelek-beleknya, dilihat kulit buku, isi kandungan dan siap melihat penerbit dan harga buku tersebut! Hasilnya, kebanyakan buku cerita Mawaddah harganya lebih daripada RM12.

Meninjau yuran kursus penulisan, rata-rata kosnya RM300 ke atas. Paling mahal yang CikMa tahu  anjuran DBP, satu pakej (3 hari ) kosnya mencecah RM2500!!!

Alhamdulillah, kini peluang di depan mata.
Suami pula memberi izin. (penting tu) Itupun setelah dipujuk rayu hihihi
 
CikMa teruja nak belajar bagaimana buku kanak-kanak dihasilkan.
 
Doakan CikMa sukses ok!




Saya rasa:

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Tahniah ler dah dapat ikut kursus penulisan tu.. senang senang nanti boleh kongsi ilmu tu kat blog ni yer.. ;)

    muauch!! :)

    BalasPadam
  2. mekasih pak uda... :) insya-allah.sharing knowledge is not a criminal.kan kan?

    BalasPadam
  3. Puan, saya pun dapat. Jumpa di sana ;)

    BalasPadam
  4. Ummu khaulah, stakat ni rakan blogger dah ada saya, Ummu Khaulah, Banat Dah (hazwani) dan Cikgu Mala.. jumpa sana!

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu