Khamis, 22 Mac 2012

Hati Besar Nak Buat Semua

 
 
Memang. Hati besar, semua benda nak buat. Sampai terlupa kemampuan diri.
Itulah yang telah terjadi kepada CikMa yang kerdil ini....

Semalam CikMa janji nak bawa air minuman untuk anak-anak murid yang berlatih kawad kaki. Kasihan tengok mereka berlatih panas-panas.
Lepas dah masukkan air dalam kereta, baru CikMa teringat , yang sekarang ni sekolah dah jauh dari rumah.....

Jarak 35km sehala, lalu dua highway, turun naik bukit, bonggol sana sini, selekoh lagi...

Maka, semalam CikMa telah menjadi pemandu yang sangat berhemah... (perasaan terlebih)
 
Menekan brek dengan penuh penghayatan dan memutar stereng dengan penuh kasih sayang.
 
Takut air terbalik!
Ada masa-masa tertentu, tangan sebelah pegang stereng, sebelah lagi tahan bekas air tu...Teroleng-oleng air dalam bekas dan botol tu...
Serik ?!



Teroleng-oleng air itu....
 
Harap-harap budak-budak tu tak pening minum air yang CikMa bawa tu nanti. ;)
Lepas ni kena fikir cara lain lah pulak......Takpun, minta guru lain yang rumah dekat dengan sekolah yang bawa air.... kan?kan?
 
 
Nota kaki: fikir dahulu sebelum berjanji!

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

2 ulasan:

  1. alhmadulillah, semua cikgu pun bagus sebenarnya... :)

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)