Esok mula bersekolah selepas seminggu melepas lelah. Alhamdulillah. Dah terbayang-bayang wajah anak-anak murid yang bakal menyambung perjuangan menuntut ilmu di sekolah.
Sekolah CikMa , semuanya pelajar lelaki.
Semua orang cakap budak lelaki nakal, ganas, degil dan tak boleh duduk diam.
Kadang-kadang CikMa setuju. Kadang-kadang CikMa tak setuju.
Memang kadang-kadang CikMa tak setuju.
Tak percaya?
Tengok ni.
Semua duduk tekun :)
Tapi yang buatkan CikMa benar-benar takjub ialah yang ini:
Sudah lebih sebulan, ia kekal tersusun begitu
Sejadah ni terletak dalam rak di surau. Sudah sebulan lebih CikMa susun di situ. Sebelum cuti, CikMa lihat sejadah tu semuanya masih begitu, seperti mula-mula disusun. Hanya dengan permintaan yang ringkas, mereka boleh faham dan beri kerjasama.
Sejukkkkk perut ibu mengandung.
Mereka semuanya bermakna dan tetap dalam hati CikMa.
2 Ulasan
ada yg nakal ..tp yg ada x budak2 laki ni.
BalasPadammemang, nak-nak kalau terlebih makan gula! aktif semacam. :)
PadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)