Rabu, 7 Mac 2012

Mata Lalat VS Mata Lebah

 
 
Mata anda mata lalat atau mata lebah??

Aha.. apa pulak cerita CikMa kali ini?

Pagi tadi CikMa sempat dengar kuliah motivasi , maklumlah , satu jam bawa kereta nak ke sekolah, kenalah berusaha untuk memotivasikan diri sendiri, betul tak? Barulah hidup ada semangat... Eceh!

Ceritanya begini, lalat, apabila dia terbang kat taman bunga, agaknya ke mana matanya meliar? 

Mata lalat...  kredit to my.opera.com

Mata lalat akan tetap mencari najis dan sampah...Sungguhpun berada dalam wangian haruman bunga...

Lebah?? Jom tengok mata lebah pula....

Wow! Ini mata lebah....



Lebah, apabila berada di mana-mana tempat, hatta di tempat pembuangan sampah sekalipun, matanya akan  meliar mencari walau sekuntum bunga. Mencari bunga untuk menyedut keindahannya, dikumpul-kumpul sehinggalah menjadi manisan madu terhebat, yang sangat bernilai.


Berbalik kepada diri, apabila berada dalam persekitaran yang baik mahupun tidak, tirulah seperti lebah. Lebah yang selalu mencari kebaikan.Kebaikan yang memberi manfaat kepada diri dan orang lain.

Usah jadi seperti lalat, sudah berada di tempat yang baik, masih lagi mencari yang busuk, lalu hinggap pada makanan yang bersih dan mendatangkan mudarat pada yang lain.

Jadi.. nak pilih mata lalat atau mata lebah? :)




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

1 ulasan:

  1. Nak jagung plastik bak jagung plastik.... Hehehe :)

    13bm2

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)