Sabtu, 10 Mac 2012

Tuan Rumah dan Adab Bertamu

 
 
Cuti sekolah bermula. Macam-macam aktiviti yang dirancang. Walaupun cuti seminggu sahaja, namun jika bijak diatur, pasti manfaat sepenuhnya.

Jiran CikMa mula susah hati. Dia yang bekerja di pejabat , susah hati kerana setiap kali cuti sekolah, rumahnya akan jadi "port" untuk anak buah sekeluarga dan adik iparnya   melepak.Kalau seminggu cuti sekolah, seminggu penuhlah rumahnya meriah. Dia yang hanya pasrah dengan keadaan, menyedapkan hati dengan kata-kata  : datangnya tetamu bersama-sama malaikat rahmat. Itu sahajalah pengubat hatinya.

Namun, jika  semua individu muslim mempunyai ilmu tentang adab bertamu dan adab melayan tetamu, CikMa rasa masalah tidak akan timbul.
Jom kita perhatikan adab terhadap tetamu
  • Memberikan layanan terbaik
  • Berusaha bersifat ikhlas dan berlapang dada
  • Menunjukkan muka yang manis
  • Menyediakan jamuan mengikut kemampuan
  • Menyediakan kemudahan yang baik kepada tetamu  seperti tandas yang bersih

Apakah kelebihan melayan tetamu?
  • Murah rezeki , mendapat rahmat dan berkat Allah SWT
  • Bertambah kasih sayang antara tetamu dan tuan rumah
  • Dapat mengeratkan silaturrahim
  • Mendapat ganjaran pahala dan keampunan Allah SWT
Pun begitu, sebagai tetamu, ada juga adab yang perlu diamalkan supaya kedatangan kita menyenangkan hati tuan rumah. Antara adab sebagai tetamu ialah:

  • Berkunjung pada waktu yang sesuai. Elakkan berkunjung pada waktu makan , ketika tuan rumah sedang berehat dan baru pulang dari jauh
  • Beri salam terlebih dahulu
  • Masuk , duduk, makan dan minum hanya setelah dijemput
  • Pandangan mata jangan meliar 
  • Ucapkan terima kasih atas layanan dan ucapkan salam sebelum pulang.
  • Sekiranya bermalam, sebaik-baiknya usah melebihi tiga hari kerana  dikhuatiri akan menyusahkan tuan rumah
Makan dan minum hanya setelah dijemput


CikMa paling  alergik kalau tetamu datang ( selain adik -beradik, ipar-duai  dan anak-anak buah serta best friend) terus ke dapur nak buka tudung periuk kat atas dapur, semata-mata nak tengok kita masak apa, dan nak tengok banyak tak hidangan yang kita masak.
  
Lagi satu , kalau anak-anak tetamu tu, buka tutup buka tutup peti ais CikMa . Cari coklat lah, ambil ais batu lah. Aduhhhhh.. kalau Mawaddah buat begitu kat rumah orang, CikMa jegil-jegil biji mata dan sah-sah kena kutil-kutil  budak kecik tu.
 
Jadi, pakat-pakatlah kita menjaga adab ketika berkunjung ke rumah orang dan amalkanlah adab melayan tetamu ketika menjadi tuan rumah.... 
 
Sekian, renung-renungkan dan selamat beramal...

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

3 ulasan:

  1. Salam Ziarah

    Auntie pun kurang gemar jika tetamu menunjukkan kurang adab dengan berselongkar dapur..

    BalasPadam
  2. Saya Di sini, sama-sama berkongsi :)

    Auntie Nanie, sabar je lah kan...

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)