Selasa, 13 Mac 2012

Pengantin Baru, Pengantin Lama dan Bakal Pengantin

 

11 Mac 2012 yang lalu, CikMa menghadiri majlis akad nikah seorang teman  di Ampang.Sebolehnya setiap jemputan undangan perkahwinan, CikMa akan usaha untuk hadir . 
 
Kehadiran kita bukan sahaja memberi keceriaan kepada pasangan bahkan dapat mengeratkan hubungan kita dengan pasangan sendiri. Kenapa ya? 
 
Sebab momen indah itu akan mengembalikan nostalgia sewaktu kita mula-mula berkahwin dahulu. Setiap kali balik dari 'rumah orang kawin' , auranya CikMa dapat  rasakan terserap dalam nafas dan nadi. Seolah-olah kita pula yang jadi raja sehari dalam majlis tu. Amboi!  Jauh berangan ek! Hihihi  ;)

Khutbah nikah kali ni bukan main panjangnya. Namun, semuanya mempunyai input yang baik lagi bermanfaat. 
 
Antaranya butir-butir yang disampaikan oleh imam yang sempat CikMa dengar ialah:
  • Isteri itu amanah suami. Allah akan persoal di akhirat kelak.
  • Nafkah kepada isteri usah diabaikan. Wajib diberi walau tidak diminta.
  • Jika isteri berpakaian tidak menutup aurat, memakai pakaian yang ketat contohnya, suami wajib menegur. Ini kerana , dosa yang dilakukan isteri, akan dipikul juga oleh si suami.
  • Isteri kena taat kepada suami , selagi tidak menuju kepada kemaksiatan dan kekufuran.
  • Isteri kena jaga maruah suami setiap masa.
  • Bertolak-ansur antara suami isteri dituntut dalam agama.
Itu jelah yang sempat CikMa dengar dan ingat. Ada banyak lagi yang disebut oleh tuan imam tersebut, tapi setakat itu sahaja memori CikMa ingat dan fokus. 

Agak-agaknya berapa persen yang dapat difahami oleh pengantin ya? Maklumlah, gemuruh dan berdebar-debar.... :)  

CikMa yakin, khutbah itu bukan sahaja untuk pengantin tapi ditujukan juga kepada pengantin lama dan bakal-bakal pengantin yang turut serta dalam majlis.Bagi 'pengantin lama', mudah-mudahan dapat refresh mana-mana point yang keciciran. Bagi bakal pengantin pula,  mudah-mudahan dapat dijadikan panduan....


Selamat Pengantin Baru Liyana dan Muhammadiah....

Di kesempatan ini, CikMa ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada teman-teman pengunjung blog CikMa ini yang bakal mendirikan rumah tangga.... 

Berazamlah untuk menjadi pasangan yang terbaik untuk pasangan anda.....


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

1 ulasan:

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)