- Sebelum tidur, pastikan anak buang air kecil terlebih dahulu. (cara ni pastinya sama dengan semua ibu )
- Kejut anak setiap dua jam untuk ke bilik air. Contohnya, dia tidur jam 10 malam. Maka, kejutkan dia pada pukul 12, 2, 4 dan 6 pagi.Buat bunyi 'shooooo' supaya dia terasa mahu buang air kecil.
- Setelah tiga hari, panjangkan sedikit tempoh, kepada 3 jam. Contohnya, 10 malam dia tidur, kejutkan dia pukul 1, dan pukul 4 pagi.
- Dalam pada masa yang sama, bercakap dengan anak setiap kali sebelum tidur :" Malam ni mama kejut, abang buang air kecil dalam tandas, ya...."
- Setiap pagi, puji si anak: " Wow, semalam mama kejut adik ke tandas, senangggg je bangun. (walaupun susah sebenarnya) hihihi atau; "Baguslah adik dah tak kencing atas tilam... Mama sangat gembira.."
- Selalu beritahu anak harapan kita : "Mama harap bila adik masuk tadika, adik sudah tidak kencing malam lagi..." - Beritahu masa yang tepat kepadanya. Contohnya darjah 1, bulan 6 atau bulan 12. Anak akan 'set'kan dalam minda, oh, tadika nanti dah tak boleh kencing malam.Begitulah....
- Mengikut pengalaman CikMa, setelah seminggu lebih mencuba kaedah ini, anak sudah tidak kencing malam langsung! Tak perlu lagi kita kejutkan dia seperti dalam tempoh latihan.
Kejutkan anak, suatu cabaran! |
Memandangkan proses yang kedua adalah sukar, kerana setiap dua jam kita terpaksa kunci jam supaya dapat bangun, maka CikMa cadangkan latihan ini dilakukan ketika kita bercuti panjang.... Jadi,taklah menjejaskan diri kita di siang hari nanti.
Tempoh latihan memang memenatkan kita , kejap-kejap bangun, tapi percayalah, objektif pasti tercapai . Tanpa pengorbanan, apalah ertinya sebuah kejayaan. Bersusah-susah dahulu pendapatan..... Ingat , kejayaan tidak datang bergolek!
Selamat mengurus anak kecil.... :)
2 Ulasan
hehe...penat nk cuci tilam klu asyik kencing mlm je..
BalasPadamheheh.. tahu tak per... apa pun, memang itulah pengalaman yang dilalui oleh setiap para ibu...
BalasPadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)