Ad Code

Responsive Advertisement

Play More....

 
 
Hari Isnin.
Ramai yang tidak menyukai hari Isnin.

Pagi tadi hujan.
CikMa berada dalam kereta selama 2 jam untuk sampai ke sekolah.
Memang tercabar emosi seketika.

Bayangkan, hujan-hujan memang enak sambung tidur.
Tetapi, semangat murid yang datang ke sekolah haruslah ditatang sehingga berakhirnya waktu persekolahan.

Hari ini, aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) CikMa pelbagaikan.
 Untuk Tingkatan 3, CikMa  tayangkan video kematian. Sesuai dengan topik "Kematian dan Alam Barzakh".
 
Tingkatan 4, CikMa minta murid-murid buat peta minda.
 
Tingkatan 1 pula, CikMa buat permainan. Bertanding antara kumpulan.
 
Seronok murid belajar, tidak terasa masa berlalu pantas. 

Perbincangan dalam kumpulan menjana idea

Susunan puzzle  ayat hafazan

Siap susun!

Kumpulan yang menang, CikMa bagi 2P : Pensel & Pemadam :)

"Play more, learn more"

Eh , macam pernah dengar jer??  :D
Saya rasa:

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu