Setelah tamat mesyuarat petang tadi, CikMa menukar keperluan dalam beg. Mesyuarat kurikulum memang berat. Minggu ini, CikMa berada di rumah dan sekolah 2 hari sahaja. CikMa teruskan langkah ke Flamingo Hotel untuk menghadiri Program Pembangunan Pengkarya Guru KPM yang bermula malam ini dan tamat pada hari Ahad nanti.
|
Pastinya ini langkah pertama CikMa! |
|
|
|
Melihat pemeran ilustrator kumpulan perintis 'ArtGenting 2011' |
|
|
|
Cantik! |
|
|
Boleh ke CikMa buat macam ni?? |
|
|
Dan yang ini? |
Taklimat pertama, memang menyuntik semangat.
" Cikgu-cikgu, beribu yang memohon, namun hanya 142 orang ini sahajalah yang terpilih. Iaitu anda semua!" Kata-kata Cikgu Zulkarnine yang mewakili Malaysia ke Bologna International Children's Book Fair di Itali bulan lepas , betul-betul memberi nafas semangat untuk CikMa.
Beliau yang mengajar di sebuah sekolah khas di Kuala Pilah bermula dari -0. Namun, setelah diberi tunjuk ajar dan bimbingan, kini beliau aktif berkarya.
Ruang dan peluang, mahu atau tidak, kitalah yang memilih!
4 Ulasan
Tgn sy x berseni. Seni komputer bolehle
BalasPadamskpd25, seni jugak tu... :) CikMa langsung out! tulis ok lagi, tang lukis, huwaaaaa
BalasPadamSetiap tahun ada ke kursus penulisan ni.berminat sangat.
BalasPadamTuan/ Cik Puan yang dedikasi,
PadamBermula tahun 2011 MBKM telah buka ruang secara online.
CikMa sertai pada tahun lepas dan tahun ini.
Untuk tahun hadapan, CikMa tidak pasti.
Singgah-singgahlah ke web MBKM supaya tidak terlepas iklannya, ok.
Selamat maju jaya! :)
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)