Sabtu, 30 Jun 2012

Warna Kekuatan Diri

 
 

" Kak Maria, saya suka tengok akak pakai baju warna pink.Masuk dan cocok sekali dengan akak." Cikgu Nik Hartini membuka mulut.

Hari itu CikMa diminta untuk memberi taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada ibu bapa murid Tingkatan 1 di sekolah  sebagai wakil Pengetua memandangkan beliau  berkursus di Terengganu.
 
" Saya perasan, setiap kali ada acara penting di sekolah, akak selalu pakai baju  atau tudung berwarna pink."
 
Wah, sungguh prihatin adik CikMa yang  seorang ini.

" Iya lah. Akak memang suka warna merah jambu." CikMa bersetuju.

Menurut Cikgu Nik Hartini, beliau pernah menjalani satu ujian berkaitan warna sewaktu belajar di universiti suatu masa dahulu. Katanya , setiap orang ada kekuatan bila mengenakan sesuatu warna, dan ada juga warna yang boleh melemahkan diri seseorang itu.

Beliau sendiri lemah jika mengenakan warna hijau. CikMa yang asyik mendengar, terlupa pula untuk bertanya apakah warna kekuatannya.

 Program Pengkarya Guru (April 2012)
 Kursus Penataran PBS (Mei 2012)

 Mesyuarat Kurikulum di Temerloh (2011)
 Pemurnian Modul di Sepang (2011)

Teknik Menjawab SMK Perempuan Air Panas (2011)

Teknik Menjawab SM Sains Selangor (2011)

Teknik Menjawab SMK Sentul Utama (2011)


Teknik Menjawab SMK Puteri Wilayah (2011)
Teknik Menjawab SMK Raja Abdullah (2011)
Teknik Menjawab SMK Seksyen 5 (2011)
Seminar Kecemerlangan PMR JPNWP (2011)
Taklimat PBS untuk Ibu Bapa (2012)
@IKIM.fm (2012)
... dan banyak lagi...

Patutlah CikMa selalu memakai pakaian berwarna merah jambu. Ia memberi kekuatan ekstra tenaga, semangat dan keyakinan kepada diri CIkMa.

Sehinggalah jika CikMa di jemput ke tempat tertentu, CikMa akan lihat semula gambar tahun lalu, merah jambu yang mana satukah CIkMa sudah CikMa pakai kerana risau tiada perubahan dalam dokumentasi para guru :)

Apakah warna kekuatan anda pula ?

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Isnin, 25 Jun 2012

Kerja Syif Yang Mencabar

 
 
" Akak, akak ni cikgu ke? " tanya seorang jururawat hospital. Ketika itu, Mawaddah dimasukkan ke hospital tersebut kerana asma. Disebabkan sejak pukul 1 pagi tidak tidur (ketika itu sudah jam 7 pagi), CikMa mengangguk lesu sambil tersenyum nipis. Mata dah berpinar sebab tidak cukup tidur. Kepala dah mula pening.

CikMa tak dapat bayangkan bagaimana orang yang bekerja syif malam seperti jururawat tadi. " Akak tak dapat imagine lah, macam mana adik boleh tahan bekerja sejak petang  semalam hingga pagi ni? Macam mana rutin harian adik?" Gagah pula CikMa menyoal. Memang nak tahu sangat-sangat.
 
" Oh, saya habis kerja pukul 7 pagi ni, saya sarapan siap-siap sebelum balik rumah. Sampai je rumah, saya tidur kak. Nanti pukul 2 petang saya bangun solat Zuhur dan makan tengah hari. Lepas tu selesaikan kerja rumah,  keluar beli barang. Tapi kalau tak de apa-apa, saya tengok televisyen atau sambung tidur lagi. Pukul 5 lebih saya bangun solat Asar dan siap-siap nak masuk kerja."
 
Ya Allah. Macam tu rupanya. Tercengang CikMa lima saat. Namun, CikMa percaya, bukan semua orang yang bekerja syif malam mengamalkan jadual yang begitu. Adik jururawat tadi masih bujang, jadi rutinnya sewarna sahaja. Mungkin jika yang sudah berkeluarga, banyak beza jadual rutinnya.



Apa-apapun, CikMa memang tabik kepada para jururawat dan doktor yang bekerja 'tak nampak matahari' itu . 
 
Sungguh besar jasa dan pengorbanan kalian. Syabas, dan terima kasih!


 
 





♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Rabu, 20 Jun 2012

Aurat Perempuan Kecuali ?

 
 
Sebulan ni, CikMa pulun selesaikan Kerja Kursus Pendidikan Islam PMR. Bereskan Perkara Asas Fardu Ain (PAFA), Hafazan dan Tilawah. 
Apabila murid selesai satu tajuk, CikMa akan berkata ," Alhamdulillah, dapat pun. Ha, cepat hafaz  lagi, sikit je tinggal ni."

Itulah yang selalu CikMa ulang-ulangkan. 
 
Walaupun murid tersebut baru buat satu per sepuluh, tapi berkat kata-kata ustazah, mereka makin bersemangat dan menjadikan kata-kata itu sebagai tangkal azimat. Akhirnya, yang satu per sepuluh tadi, dapat menghabiskan baki tugasannya dengan kadar yang boleh dibanggakan. Yang penting, mereka terus bersemangat untuk teruskan perjuangan.

Begitulah.

Jadi pendidik ini ibarat sebuah kipas. Kalau diputar nombor satu, kelajuannya satu sahaja. Namun, jika diputar nombor tiga, kelajuan akan bertambah.

" Apa aurat perempuan?" CikMa melontar pertanyaan.

" Seluruh tubuh badan kecuali hidung dan tapak tangan." Jawab Ammar yakin.

CikMa mengerling. Dia masih tidak faham. CikMa pun mengambil hujung tudung CikMa yang lerang 60 inci itu dan menutup seluruh muka kecuali bahagian hidung sahaja CikMa biar terbuka.
 
"Macam ni?" CikMa bersuara di sebalik wajah bertutup yang hanya menampakkan hidung.
 
 
Lebih kurang macam ni lah (Model: Mawaddah)
 
 
Satu kelas tergelak. Ya Allah, geli hati jadinya.
 
Ammar tersengih-sengih, lalu mengulang semula ayatnya. 
 
" Aurat perempuan, seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan."
 
Baru betul... .

Aduhai, bertuah sungguh!


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Jumaat, 15 Jun 2012

PMR Lagi Dua Bulan?



PMR lagi dua bulan? Salah tarikh ke CikMa?

Sebenarnya, CikMa dah tolak siap-siap waktu tidur, makan, berjalan-jalan, masuk bilik air dan perjalanan pergi dan balik sekolah.

Peperiksaan semakin hampir. Siapa yang lebih risau?

Adakah guru, ibu bapa atau calon itu sendiri?

Kerisauan semua individu di atas , berlatar sebab yang tersendiri.

Semester 2 ini, guru dan ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan calon PMR dan SPM  lebih semangat dan bermotivasi untuk menduduki peperiksaan yang bakal menjelma.

Hakikatnya, calon perlu berusaha keras dan lebih fokus kerana peperiksaan itu secara langsung membabitkan dirinya sendiri.

CikMa sangat risau, kerana calon PMR sekolah CikMa yang hanya 25 orang itu membawa point yang besar setiap seorang. Jika seorang sahaja gagal, banyaklah peratus yang turun.

Namun, yang tersirat, CikMa risau jika mereka tidak menguasai subjek Pendidikan Islam yang menjadi pegangan mereka
sebagai hamba Allah di dunia ini.

Jadi, CikMa selalu menaikkan semangat mereka supaya terus belajar dan belajar sehingga ke liang lahad.

PMR, kamu ambil sekali sahaja seumur hidup.

Untuk Pendidikan Islam, hanya dua jam sahaja ,sekali seumur hidup. Tiada lagi ulangan selepas ini.


Belajar mesti sampai penat, barulah akan berjaya. Selagi tak penat, selagi itulah belum tentu kejayaannya.


Dan yang terakhir,


Kalau yang depan ustazah ni semua , 25 orang lulus Pendidikan Islam, ustazah buat kenduri kesyukuran, Insya-Allah!

Selang sehari CikMa ulang-ulangkan ayat-ayat di atas, sampai mereka pun sudah menghafaznya :) Adakalanya  CikMa tambah sedikit perisa supaya yang mendengar semakin berkobar.


Mudah-mudahan tersemat kemas dalam hati dan minda mereka!

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Ahad, 10 Jun 2012

Keluar Bulan?

 
 
Cuti sekolah sudah berakhir. Kertas peperiksaan pertengahan tahun , selamat ditanda. 
Selesai  dimasukkan atas talian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)  Alhamdulillah, lega!


Banyak juga kertas peperiksaan yang wajib CikMa  tanda. Semuanya berjumlah 163 skrip. Maklumlah, mengajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

163 skrip  yang selesai CikMa 'kerjakan'!

Ketika menanda, seperti biasa, ada yang boleh menjawab dengan baik, dan ada yang memberi jawapan yang kurang tepat.
Ada juga jawapan anak murid yang tak masuk akal dan   menulis jawapan dengan ayat yang menggelikan hati.

Contoh jawapan yang buatkan CikMa ketawa terkekek-kekek ialah:

Soalan: Senaraikan dua perkara yang membatalkan puasa.
 
Jawapan: 1.Gila. (Betul)
2. Keluar bulan
 
Ha? Keluar bulan? Apa kaitannya?
 
CikMa termenung dua saat. 
 
Rupa-rupanya murid CikMa nak tulis keluar haid... . :)
 
Aduhai , gelinya hati CikMa. Iyalah, anak murid CikMa kan  semuanya lelaki. Mungkin dia terlupa perkataan haid tu, dan mungkin juga dia selalu terdengar emak atau kakak dia  sebut "datang bulan".
 
Tapi , yang ditulis, keluar bulan! 
 
Bertuah! :D

Nota kaki: Wahai anak-anak muridku, apabila ustazah mengajar, dengar betul-betul, ya... .
 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Jumaat, 8 Jun 2012

Snow Walk/Ice Walk @ i-City

 
 
Mahu ke i-City?

CikMa sempat ke sana pada 28 Mei 2012 lalu. Memang cantik, suasana malam diterangi lampu-lampu hiasan pelbagai warna dan bentuk.
 
 

CikMa berpeluang masuk ke "Snow Walk". Namun, bagi CikMa, sesuai sekali jika namanya "Ice Walk".

Memang ais semua. Sejuk teramat! Dulu musim sejuk di Jordan pun tidaklah sesejuk ini!


Cantik, kan? Tapi sejuk sangat!

Jadi, di kesempatan ini, CikMa ingin berpesan kepada anda yang ingin ke i-City dan mahu masuk ke " Ice Walk", silalah bawa atau pakai kasut sukan siap berstokin, sarung tangan , topi dan shawl.... Baju sejuk ada disediakan.
 
Sebelum pukul 6.00 petang, harga tiket lebih murah.
 ( CikMa tak ingat berapa RM)
 
Jika anda ingin menyewa kasut but beserta stokin,  RM 10 sebagai deposit dan RM10 sebagai harga sewa.

CikMa kena RM35, tapi masuk tak sampai 15 minit. Sebab? Sejuk sangat , sampai rasa menyesal pun ada.Hmmm.....

Jadi, bawalah keperluan yang sepatutnya supaya  berbaloi dengan harga tiket yang dibayar!

Selamat bercuti semua... .



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Rabu, 6 Jun 2012

Bila Dia Tersalah Ambil


 
 
" Hari ni satu hari abang tak pakai name tag." Dia bersuara.

"Kenapa pula?" tanya CikMa dua patah.

"Ni ha, tersalah ambil... ." Dia meletakkan  sekeping tanda nama di atas meja solek.





CikMa menjeling.
 
Rupa-rupanya dia terbawa tanda nama CikMa .... :D
 
 




"Hmm... tahulah sayang... . Kalau sayang pun, tak payah lah bawa sampai ke pejabat." Usik CikMa.
 
Merah padam pipinya. 

( Walau sudah setahun berlalu, namun masih segar dalam ingatan )
Bergurau sendalah dengan suami, ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah SWT.



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥