Jumaat, 27 Julai 2012

Pandulah Dengan Berhemah... .

 
 
Pagi Jumaat, CikMa masuk sesi pagi. Memandangkan CikMa seorang sahaja guru agama di situ, maka jadual waktu CikMa adalah berbeza setiap hari. Orang lain yang mendengarnya pening, namun bagi CikMa , alah bisa tegal biasa.

Sesak dan jauh.
Alasan yang mendangkalkan.
Cuak.
 
Lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan pemandu kereta yang berlagak, macam dia seorang sahaja yang nak cepat sampai.
 
 
Pagi tadi CikMa nyaris-nyaris kemalangan.  Mujur hanya cermin sisi yang tercalar. Itulah dugaan yang selalu membuatkan hati terbakar apabila memandu. Sejam memandu, apa sahaja kemungkinan CikMa gantungkan kepada Allah.
 
Sikap tidak ambil berat dengan lampu signal, dan berlagak hebat,  antara punca yang menjadikan hati sakit tatkala memegang stereng kereta.
 
 Tak mengapalah, semegah-megah dia, akhirnya masuk ke liang kubur juga.

Mahu sahaja CikMa menulis nombor plat keretanya,namun bimbang maruah tercemar. Bimbang risiko tak berbaloi. Biarlah. Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

Mengimbau sejarah Nabi SAW, buatkan jiwa damai kembali. CikMa anggap, inilah mehnah perjuangan CikMa dalam menyebarkan ilmu Allah. Semoga Allah kurniakan CikMa hati yang kuat!

Tertanya-tanya di dalam minda dan hati, adakah ujian itu meningkatkan iman??

Allahu akbar.




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

2 ulasan:

  1. murni sungguh hati cik ma, kalau Jal ambik nombor plate siap sms kan dekat rakan cop, ramai dah yang kena bukannya nak bertindak kejam tapi karang klu dorang buat salah kita pulak yang kena akibatnya kan.

    BalasPadam
  2. Itu lah CikMa geram sangat tapi istighfar banyak-banyak,kira dugaan Ramadhan lah...huhuhu

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)