Ahad, 5 Ogos 2012

Mari 'Add' Kawan Di Alam Barzakh

 
 
Ramadhan Kareem.
 
" Semua orang sibuk mencari kawan. Add, add, add, confirm,confirm,confirm. Semua nak cari kawan di dunia." CikMa mula bersuara. Anak-anak murid CikMa setia mendengar cerita ustazah yang seorang. Ada juga yang tersengih-sengih, mungkin terkena atas batang hidung sendiri.

" Tapi, kita lupa nak cari kawan di alam barzakh," sambung CikMa.

"Alah, ustazahhhh...", seorang murid spontan memberi respon. Mula takut apabila CikMa nak bercerita tentang alam barzah dan hari kiamat.

CikMa tak peduli. CikMa teruskan juga bercerita. 
Kadang-kadang CikMa bersuara lantang, biar semua mata 'terbuntang'. 
Kadang-kadang CikMa turunkan frekuensi, biar semua tekun dan teliti. Adakalanya CikMa besarkan suara, nada garang dan menjerkah,sampai ada yang terkejut. Alhamdulillah tiada yang terkena serangan jantung.

CikMa  bercerita penuh penghayatan ;selayaknya macam dalam pertandingan bercerita zaman sekolah dahulu.


Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. 

Apabila mayat dikafankan, lelaki itu berada di antara kain kafan dengan si mati. 

Selepas pengebumiannya, semua orang pulang ke rumah, dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir , datang ke dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tetapi lelaki kacak itu berkata:

“Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku tak akan meninggalkannya seorang diri walau apa pun terjadi. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam syurga.”

Selepas itu, dia berpaling pada temannya yang meninggal dunia itu lalu berkata:

Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya , kedang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Munkar dan Nakir,kamu tidak akan bersedih.


Semua anak murid CikMa terdiam. CikMa sendiri, meremang bulu roma entah kenapa.

Bagi yang sudah pandai mengaji, teruslah membaca dan mendampingi Al-Quran.
Bagi yang belum menguasai, belajarlah sedikit-sedikit, Insya-Allah, niat yang baik, Allah berkati. 


Belajar mengaji sejak kecil, lembut lidahnya, bersih hatinya,suci jiwanya




 Ayuh, bacalah Al-Quran setiap hari, walaupun hanya 10 ayat! 
Semoga Al-Quran menjadi teman kita yang bersendirian di liang lahad . 
Bacalah sebelum terlambat... .






♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

2 ulasan:

  1. Tahniah CikMa..

    cerita yang menarik.. Teruja sekejap pak uda ne haa.. :)

    BalasPadam
  2. Mekacih pak uda... rindu pak uda...

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)