Ad Code

Responsive Advertisement

Realiti Royalti dan Saham Akhirat

 
 
Kesempatan berjumpa dengan penulis yang sedang menempa nama, iaitu Al-Fadhil Ustaz Rohidzir Rais, penulis Ensiklopedia Solat tidak CikMa sia-siakan.

Ketika sesi soal jawab, CikMa mengambil kesempatan untuk bertanya. Sebanyak enam soalan yang CikMa ajukan, berkait dengan dirinya sebagai seorang penulis.
 

Sedondon kebetulan, ambil aura dulu :)


Soalan CikMa ialah : 

  1. Secara jujurnya, pernahkah ustaz menyertai sebarang bengkel penulisan?
    Jawapan: Tidak. Pada awalnya saya hanya terlibat dengan aktiviti penterjemahan sahaja.

    2. Berapa lamakah sesebuah buku dapat dihasilkan?
    Jawapan: Bergantung, ada yang cepat , ada yang lambat. Paling cepat dua minggu iaitu buku Khutbah Rasulullah SAW. Paling lambat dua tahun.

    3. Bilakah waktu ustaz berkarya?
    Jawapan: Tidak menentu, tapi yang pasti, ketika sedang belajar, saya tidak pernah menulis sebaliknya hanya menumpukan perhatian.

    4. Setelah lebih 40 buah buku yang berjaya ustaz hasilkan, penerbit yang manakah yang terbaik dan menjadi pilihan ustaz?
     Jawapan: PTS. PTS merupakan penerbit yang sangat jujur, alhamdulillah. Royalti 7-11% dari harga buku dan nama penulis dicetak pada hak cipta terpelihara tidak seperti sesetengah penerbit.

    5. Sepanjang menjadi penulis, apakah pengalaman paling PAHIT yang pernah ustaz lalui?
    Jawapan: Ditipu. Dalam penulisan sebuah buku saya , nama saya tidak dicetak pada muka hadapan, malah terdapat dua nama penulis lain yang langsung tidak terlibat dalam penulisan, turut ada di situ. Sedangkan saya bertungkus-lumus menyiapkan buku tersebut dan itulah buku terbaik yang pernah saya tulis.

    6. Apa pula pengalaman yang paling MANIS sepanjang menjadi seorang penulis?

    Jawapan: 1. Perbelanjaan perkahwinan saya , sebanyak RM10 ribu adalah dari wang penterjemahan dan penulisan buku. 

    2. Anak-anak saya dibesarkan dengan wang royalti buku, alhamdulillah berkat, anak-anak dapat membaca dan menulis  serta belajar dengan cepat.

    3. Dapat bertemu dengan pembaca-pembaca buku yang saya tulis, juga menjadi pengalaman yang paling manis buat saya.

    Wah, dah jadi macam wartawan pula CikMa >.<
     
    Semua peserta Seminar Dakwah Bil Hal Rasulullah SAW yang hadir di Jabatan Pelajaran Negeri WPKL semalam telah menerima ole-ole  buku Khutbah Rasulullah SAW yang ditulis oleh  Ustaz Rohidzir Rais. Seronok sangat, alhamdulillah

    Buku percuma, alhamdulillah :)


    Menurut beliau, buku tersebut telah dicetak sebanyak 25 ribu naskhah, dan akan ulang cetak. Agak-agak, royaltinya mencecah RM50 ribu?  Belum kira saham akhirat lagi, Masya-Allah


    Bergambar kenang-kenangan

    Eh! Keterujaan maksima ni! 
    Doakan CikMa  sukses ya... .
Saya rasa:

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog niechat boxpakjoe x kira k hahah ,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih pakjoe... CikMa dah singgah dah kat cerita best pakjoe tu :)

      Padam
  2. assalamualaikum cikma...seronoknya dpt berjumpa sendiri dgn penulis buku yg terkenal...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam Pn. Maszull... memang seronok! seronok sangat-sangat! :)

      Padam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu