Hari pertama di sekolah kedua. Setelah 10 tahun di sekolah pertama. Setelah 7 kali mengisi borang pertukaran. Setelah dua tahun berulang-alik Kajang -KL.
Yang baru, pasti tak sama dengan yang lama. Yang lama, sudah pasti merindu pada yang tiada. Yang baru dan yang lama, sudah tentu berbeza. Yang lama, murid lelaki semua. Yang baru, murid perempuan sahaja.
Yang baru, terimalah hamba seadanya.
Yang lama, usah berdukacita. Patah tumbuh hilang berganti.
Ukhuwah terjalin, kekal lekat di hati.
Ya Allah, syukur atas segala kurnia. Pimpinlah hamba terus meniti ke jalan yang Kau redhai.
0 Ulasan
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)