Ad Code

Responsive Advertisement

Nafkah Air Kosong ~ Harian Metro 28.12.2012

 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera
 


" Ustazah, tuan rumah  potong bekalan elektrik hari ni. Dia nak halau kami keluar. Tolonglah ustazah, akak tak tahu apa nak buat ni."

Cemas. Risau. Simpati. Sedih. Semuanya CikMa telan. Pahit.
 Namun, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
 
SMS itu CikMa tenung. Sedar-sedar air mata bertakung di pelupuk mata. 

CikMa tercenung seketika.

CikMa tarik nafas, dalam. Dalam sekali.

"Kak, akak doa banyak-banyak, yer. Allah Maha Mendengar kak. Akak bangun pukul 2 3 pagi, minta sungguh-sungguh dengan Allah kak. Mesti satu hari Allah kabulkan. Bila meminta dengan Allah, jangan pernah berputus asa yer kak!"
 
CikMa meniup semangat. 

Itu sahajalah yang terdaya untuk CikMa lakukan selain berdoa dan memanjangkan bekalan makanan dan sumbangan daripada teman dan ahli keluarga terdekat buat Kak Salmiah dan anak-anaknya.

Kisah anak-anaknya, pernah CikMa nukilkan di sini:

Bukan Ini Pintaku Ayah
 
Kisah Sebungkus Coklat dan Sekeping Roti  
 
 
Tanggal 11 Disember 2012 lalu, CikMa membawa wartawan Harian Metro iaitu Puan Fazura menziarahi keluarga murid terbabit , (terima kasih kepada Cikgu Nik Hartini kerana membuka jalan)  dengan tujuan untuk menulis kisah mereka di dada akhbar. Semoga ada  insan  prihatin yang dapat menghulur tangan, setidak-tidaknya bersyukur dengan nikmat yang ada.

Wartawan, Puan Fazura  sedang menemuramah Kak Salmiah

Alhamdulillah, kisah mereka yang disiarkan hari ini - Jumaat , 28 Disember 2012, mendapat perhatian daripada insan-insan yang prihatin dengan nasib malang keluarga ini.



Telefon CikMa sendiri berdering-dering dengan pemanggil seluruh negara yang ingin mengetahui kisah lanjut tentang keluarga ini.
 
Pn. Hajah Norsiah, (Timbalan Presiden Perak Ladies Club),  Pn. Asmawati ( Pegawai Sime Darby), Pn. Noriah Harun dari RHB Bank dan beberapa individu lain turut menghubungi CikMa untuk menyampaikan bantuan kepada Kak Salmiah dan anak-anaknya. 
 
Alhamdulillah, rupa-rupanya, masih ramai masyarakat Malaysia yang  baik hati lagi budiman, yang tampil dan sudi menghulurkan bantuan.  
 
 Syukur, Ya Allah!

 Di kesempatan ini, CikMa ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada Kak Salmiah dan anak-anaknya. Semoga Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan sentiasa diredhai Allah SWT dan mendapat rezeki berganda lagi barakah, mudah-mudahan. Amin.
 
CikMa juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Fazura daripada Harian Metro yang sudi menulis kisah anak murid CikMa ini. Semoga Puan Fazura sihat dan bahagia di samping keluarga serta selalu dalam perlindungan Allah SWT.

Ternyata, dengan tulisan, minda terketuk.
Ternyata, dengan tulisan, hati terpaut.
Ternyata, dengan tulisan, jiwa terpanggil.

Tulisan, yang baik memacu kebaikan.

Benarlah, mata pena lebih tajam daripada mata pedang!

CikMa bersama-sama Pn. Fazura

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Terima kasih Allah, Thank You Allah, I Love You, Allah.



Saya rasa:

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. "siapa yang tidak mengasihi yang di bumi

    tidak akan dikasihi oleh yang di langit"

    :')

    tahniah cikMa

    BalasPadam
    Balasan
    1. En. Khalifah,

      Alhamdulillah, segalanya atas kehendak Allah jua.

      Jazakallah kerana sudi singgah di sini :)


      Padam
  2. alhamdulillah.. :)
    tahniah CikMa!!

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu