Jumaat, 18 Januari 2013

Apa Peluk-Peluk? Haishhhh



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat  semua... .


Macam gempar je bunyi tajuk entri kali ni kan? 
Kalau nak tahu, kenalah baca sampai habis... .
 
Selasa lalu, CikMa berkesempatan menghadiri Seminar Keibubapaan anjuran PPD Hulu Langat bertempat di Mardi, UPM Serdang. Tajuk seminar ini : Seminar Keibubapaan Dalam Menangani Isu LGBT. Isu panas!
 
CikMa bergambar bersama-sama Tn Hj Hushim
 
 
Dalam slot perkongsian, penceramah, Kaunselor Terkenal iaitu Tn. Hj. Hushim telah menampilkan dua orang klien beliau, iaitu seorang belas mak nyah , dan seorang lagi bekas gay.
 
Kedua-dua mereka ini, alhamdulillah telah kembali ke pangkal jalan setelah menjalani sesi kaunseling di bawah bimbingan  Tn Hj. Hushim.
 
Syukur Alhamdulillah.
 
"Apa awak rasa bila saya peluk awak?" Soal Tn Hj Hushim kepada seorang guru yang naik ke atas pentas.
 
" Rapat." Lagi?
 
" Rasa sayang."
 
Nah! Seseorang akan rasa disayangi apabila dirinya mendapat pelukan. 
 
 
Pelukan menimbulkan rasa rapat dan sayang
 
Kaunselor berpesan berkali-kali kepada  setiap ibu bapa, peluklah anak masing-masing , supaya  anak-anak akan rasa diri disayangi oleh ibu bapa mereka. Mulakan dari kecil, supaya anak tidak berasa janggal apabila dipeluk ketika mereka meningkat remaja dan dewasa.
 
Kenapa kena peluk?
Sebab... . 
 
 Faktor utama seseorang menjadi 'serong' ialah KURANG KASIH SAYANG.
 
Paling kurang, peluklah anak sekali sehari, peluk rapat kalau boleh biar rasa degupan jantungnya, terutama setiap kali selepas solat maghrib. 
(biasanya waktu tu semua dah berkumpul di rumah)
 
Apabila terasa diri disayangi, mereka tidak akan mencari kasih sayang lain  yang tidak-tidak.
 
Oh ya! Pesan Kaunselor lagi, kalau bapa peluk emak selalu,( paling baik 7 kali sehari) , maka bertambahlah tenaga si ibu untuk melakukan aktiviti rumahtangga!
 
Amacam, boleh ke nak praktik nih??
 
 
Jom pakat-pakat peluk. TAPI Peluk yang mana halal sahaja yer... Harap maklum!
 
 
  
 
 
   

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Sabtu, 5 Januari 2013

CikMa Hanya Seorang Guru

 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera
 
Anda sudah baca Nafkah Air Kosong  yang disiarkan di Harian Metro pada hari Jumaat 28 Disember 2012 ? 
 
 
 
Minggu lepas, CikMa sempat menziarahi Kak Salmiah sekeluarga, untuk bertanya khabar semasa selain memanjangkan sumbangan daripada teman-teman  yang prihatin.
 
Menurut Kak Salmiah, selepas berita tentang beliau sekeluarga tersiar, banyak pihak yang tampil membantu. Selain daripada organisasi, ada juga individu yang turut menyumbang. 
 
Kebanyakan yang datang, turut membawa anak-anak mereka supaya melihat keadaan orang yang susah. Selain melatih anak-anak supaya menjadi insan yang prihatin dan suka membantu, mereka juga memesan anak-anak supaya selalu bersyukur.
 
Alhamdulillah.
 
 
Sedang bersiap-siap untuk berpindah (31 Dis. 2012)  
 
Lihatlah gambar di atas, hanya itu sahaja barang-barang mereka anak-beranak seramai 7 orang. Kalau kita berpindah? 2,3 lori baru kosong rumah agaknya. 
 
Terkadang kita rasa kita susah, namun rupa-rupanya masih ada lagi yang lebih susah dan memerlukan bantuan.
 
Ada juga pihak yang datang marah-marah. Minta dicerita perkara duduk sebenar. Masakan mereka tidak melenting, kerana orang atasan mendesak supaya siasatan dilakukan. Wallahu a'lam.
 
Di pihak CikMa sendiri, sehingga hari ini masih menerima panggilan daripada masyarakat yang prihatin untuk menghulurkan bantuan kepada Kak Salmiah. 

Walaupun ada pihak tertentu yang kurang senang dengan tindakan CikMa dalam menyelesaikan masalah keluarga susah ini, terus-terang CikMa katakan, CikMa hanya seorang guru, yang terkesan dengan kisah anak murid yang melarat di tanah air sendiri. 
 
 CikMa tidak terdaya untuk menyelesaikannya seorang diri, malah CikMa turut kecewa apabila setiap permohonan Kak Salmiah untuk mendapatkan bantuan ke badan-badan tertentu tidak mendapat feedback yang baik. 

Akhirnya, setelah sekian lama 'merempat' di tanah air sendiri, (kasar sungguh bunyinya) dan hanya makan sekali sehari (mengalas perut dengan air kosong sementara menunggu waktu makan pada jam 8.30 malam) , CikMa lega kerana masyarakat kita masih lagi kaya dengan amalan sedekah. Pihak-pihak mula membuka mata dan turun padang. Syukurlah.
 
 Nampaknya , tahun 2013 ini benar-benar merubah keadaan Kak Salmiah sekeluarga.  CikMa berdoa semoga Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih selalu melindungi mereka sekeluarga dan menggandakan rezeki bagi mereka yang menderma.

Akhirnya, projek pertama dan projek kedua CikMa ini selesai. 
Dengan hati lega dan tenang, CikMa melangkah kaki  berangkat ke sekolah baharu!

Thank you Allah, I Love You Allah!



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Jumaat, 4 Januari 2013

Dulu dan Sekarang ;)




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Seminggu ni , telefon bimbit CikMa berdenting-denting dengan bunyi sms. Rakan-rakan guru di sekolah lama ingin bertanya banyak 'benda' , tak kurang juga bertanya khabar. 

Almaklum, 10 tahun di sana, tentulah banyak persoalan dan kenangan yang ditinggalkan.

Sementara di sekolah baharu, CikMa masih dalam tempoh masa untuk  menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu. Banyak juga perbezaannya.

Dulu : 
 
Muhammad Adnin, Irfan Haziq, Dzaqrie, Kamil ......
 
Sekarang? 
 
Batrisya, Adlin, Fatimah, Ashafiqah... .

Dulu :



Sekarang:



Dulu :



Sekarang :



Dulu :



Sekarang :



100% beza kan?

Apapun, CikMa bersyukur dan gembira :) 
Alhamdulillah, terima kasih Allah.




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Selasa, 1 Januari 2013

SELAMAT TAHUN BAHARU 2013




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tahun baharu yang serba baharu?

Sudah tentu, bagi CikMa.
 
Alhamdulillah, bermula esok, 2 Jan 2013, CikMa akan berkhidmat di sekolah baharu, yang terletak di Kajang, berhampiran dengan rumah. 


Setelah memohon pertukaran sebanyak 7 kali, akhirnya, kali ini Allah makbulkan hajat CikMa setelah 2 tahun berulang-alik dari Kajang ke Kuala Lumpur dan dari Kuala Lumpur ke Kajang. 
 
Syukur, alhamdulillah.

Kepada rakan guru yang masih belum dapat bertukar, usah berputus asa. Gunakan KABEL Allah, bersungguh-sungguh!

2012, merupakan tahun yang mencabar bagi CikMa. Namun, berkat sokongan suami , keluarga dan teman-teman , CikMa dapat melalui dengan tabah walaupun sukar, demi menyahut seruan jihad. (wah, macam gempak je bunyi nya, kan?) ;)

Ini merupakan sekolah kedua CikMa, setelah 10 tahun berkhidmat di SMK St. Gabriel, Kuala Lumpur.

10 tahun, lama kan? 
 
CikMa berdoa semoga tahun ini, CikMa dapat meneruskan perjuangan dalam dunia pendidikan dengan penuh dedikasi, tekun dan semangat.

Semoga Allah selalu menyinari langkah CikMa dengan hidayah-Nya, memberi kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan di akhirat.

Jauh di sudut hati, memori 10 tahun sentiasa mengulit mimpi!

Harap-harap , esok, tiada yang mencari CikMa di sekolah lama... .







♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥