Selasa, 1 Januari 2013

SELAMAT TAHUN BAHARU 2013




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tahun baharu yang serba baharu?

Sudah tentu, bagi CikMa.
 
Alhamdulillah, bermula esok, 2 Jan 2013, CikMa akan berkhidmat di sekolah baharu, yang terletak di Kajang, berhampiran dengan rumah. 


Setelah memohon pertukaran sebanyak 7 kali, akhirnya, kali ini Allah makbulkan hajat CikMa setelah 2 tahun berulang-alik dari Kajang ke Kuala Lumpur dan dari Kuala Lumpur ke Kajang. 
 
Syukur, alhamdulillah.

Kepada rakan guru yang masih belum dapat bertukar, usah berputus asa. Gunakan KABEL Allah, bersungguh-sungguh!

2012, merupakan tahun yang mencabar bagi CikMa. Namun, berkat sokongan suami , keluarga dan teman-teman , CikMa dapat melalui dengan tabah walaupun sukar, demi menyahut seruan jihad. (wah, macam gempak je bunyi nya, kan?) ;)

Ini merupakan sekolah kedua CikMa, setelah 10 tahun berkhidmat di SMK St. Gabriel, Kuala Lumpur.

10 tahun, lama kan? 
 
CikMa berdoa semoga tahun ini, CikMa dapat meneruskan perjuangan dalam dunia pendidikan dengan penuh dedikasi, tekun dan semangat.

Semoga Allah selalu menyinari langkah CikMa dengan hidayah-Nya, memberi kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan di akhirat.

Jauh di sudut hati, memori 10 tahun sentiasa mengulit mimpi!

Harap-harap , esok, tiada yang mencari CikMa di sekolah lama... .







♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)