Ad Code

Responsive Advertisement

CikMa Hanya Seorang Guru

 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera
 
Anda sudah baca Nafkah Air Kosong  yang disiarkan di Harian Metro pada hari Jumaat 28 Disember 2012 ? 
 
 
 
Minggu lepas, CikMa sempat menziarahi Kak Salmiah sekeluarga, untuk bertanya khabar semasa selain memanjangkan sumbangan daripada teman-teman  yang prihatin.
 
Menurut Kak Salmiah, selepas berita tentang beliau sekeluarga tersiar, banyak pihak yang tampil membantu. Selain daripada organisasi, ada juga individu yang turut menyumbang. 
 
Kebanyakan yang datang, turut membawa anak-anak mereka supaya melihat keadaan orang yang susah. Selain melatih anak-anak supaya menjadi insan yang prihatin dan suka membantu, mereka juga memesan anak-anak supaya selalu bersyukur.
 
Alhamdulillah.
 
 
Sedang bersiap-siap untuk berpindah (31 Dis. 2012)  
 
Lihatlah gambar di atas, hanya itu sahaja barang-barang mereka anak-beranak seramai 7 orang. Kalau kita berpindah? 2,3 lori baru kosong rumah agaknya. 
 
Terkadang kita rasa kita susah, namun rupa-rupanya masih ada lagi yang lebih susah dan memerlukan bantuan.
 
Ada juga pihak yang datang marah-marah. Minta dicerita perkara duduk sebenar. Masakan mereka tidak melenting, kerana orang atasan mendesak supaya siasatan dilakukan. Wallahu a'lam.
 
Di pihak CikMa sendiri, sehingga hari ini masih menerima panggilan daripada masyarakat yang prihatin untuk menghulurkan bantuan kepada Kak Salmiah. 

Walaupun ada pihak tertentu yang kurang senang dengan tindakan CikMa dalam menyelesaikan masalah keluarga susah ini, terus-terang CikMa katakan, CikMa hanya seorang guru, yang terkesan dengan kisah anak murid yang melarat di tanah air sendiri. 
 
 CikMa tidak terdaya untuk menyelesaikannya seorang diri, malah CikMa turut kecewa apabila setiap permohonan Kak Salmiah untuk mendapatkan bantuan ke badan-badan tertentu tidak mendapat feedback yang baik. 

Akhirnya, setelah sekian lama 'merempat' di tanah air sendiri, (kasar sungguh bunyinya) dan hanya makan sekali sehari (mengalas perut dengan air kosong sementara menunggu waktu makan pada jam 8.30 malam) , CikMa lega kerana masyarakat kita masih lagi kaya dengan amalan sedekah. Pihak-pihak mula membuka mata dan turun padang. Syukurlah.
 
 Nampaknya , tahun 2013 ini benar-benar merubah keadaan Kak Salmiah sekeluarga.  CikMa berdoa semoga Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih selalu melindungi mereka sekeluarga dan menggandakan rezeki bagi mereka yang menderma.

Akhirnya, projek pertama dan projek kedua CikMa ini selesai. 
Dengan hati lega dan tenang, CikMa melangkah kaki  berangkat ke sekolah baharu!

Thank you Allah, I Love You Allah!


Saya rasa:

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Subhanallah cikma...klu kita berpindah x tau cmne..penuh selori.
    Semoga keluarga ini akan memperolehi sinar utk tahun 2013.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak...
      Amin untuk doa akak tu.. syukran yer kak.. :)

      Padam
  2. semoga tahun baru memberi sinar baru buat mereka sekeluarga

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu