Ahad, 28 April 2013

Dia Telah Pergi :'(

 
 
Pagi tadi, CikMa dikejutkan dengan pemergian pakcik iaitu adik emak , kerana sakit buah pinggang. Maka, segala urusan ditangguh dan kami bergegas ke rumah allahyarham di Batu Pahat.
 
 

Terkejut dan sedih dengan pemergian beliau. :'(



Malam ini, tidurnya sendiri
Berbantal tanah, berselimut kapan
Sedang kita, tidur berulit mimpi
Ralit membilang hari, esok, itu dan ini.

Yang pergi, itu pasti
Membawa bersama amalan dan bakti
Sebagai hamba takdir diimani
Lahir disyukuri, pergi ditangisi.

Allah lebih menyayangimu
Damailah dikau di sana
Meski riak wajahmu bakal menjadi kerinduan
Suaramu masih terngiang-ngiang.

Kita yang masih bernyawa
Mari bersimpuh berteleku
Sama-sama renung bermuhasabah
Cukupkah bekalan untuk ke sana?

Cahaya solat dan bait Al-Quran
Alunan zikir di kedinginan malam
Amal makruf nahi mungkar
Sesama manusia berbaik ihsan
Hubungan dengan Allah, menjadi keutamaan.

Taubat, sentiasa
Semua hanya pinjaman
Dunia ini, sementara cuma.

Salam takziah buat Auntie Zainab Salam, Zanurul Huzaima Zainudin, E-zan Zainudin, Zikri Effandy, Zaed Hanie dan Adik Leya.
 
Sedekahkan Alfatihah , bersama-sama sekudus doa ,
mohon dosa diampun,
amalan hidup diterima
di sisi-Nya.

Wajahmu berseri, putih mewangi
Redup mengiringi, berlinang tangis di pipi.

Wahai Allah yang Maha Pengasih, tempatkan rohnya, Zainudin Zainal, mulia di sisi-Mu! :'(


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Jumaat, 26 April 2013

Meriahkan Karnival Semarak Syariah@ Masjid Negara

 
 
Hujung minggu yang padat dan bermakna.

Selain Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), hujung minggu ini CikMa akan turut ke lokasi Karnival Semarak Syariah di Masjid Negara.  
 
 
Bermula Khamis 25 April 2013 dan akan berakhir pada 28 April 2013 , Ahad.
 
(Wah, tolong promosi untuk tuan suami yang budiman ) ;)


Pelbagai aktiviti menarik yang bakal menemui pengunjung karnival kali ini. 
Jom tengok tentatif program.

Klik untuk lihat jelas


Klik untuk lihat jelas :)


Ustaz Kazim : 10 pagi :) Klik untuk lihat jelas


Klik untuk lihat jelas :)


Mari kita pergi beramai-ramai :) 
 
Semoga ada manfaat hujung minggu kita di tengah kota :)



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Kisah Pesta Buku Antarabangsa Yang Menggamit Rasa !

 
 
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kini kembali. 
 
CikMa teringat suatu kisah yang diceritakan oleh seorang teman ketika di PWTC beberapa tahun lalu. 

" Akak dari mana?" Soal  suami teman CikMa.

" Dari Kedah, dik." Jawab seorang kakak, yang agak berumur.

"Jauhnya?" 

"Akak tiap-tiap tahun mesti datang Pesta Buku ni. Akak suami isteri menoreh getah je. Tapi kami simpan duit, semata-mata nak ke sini. Datang pagi-pagi, nanti petang-petang balik. Tak bermalam." Jawab kakak ini lagi.

" Akak datang ngan siapa lagi?" 

" Datang dengan anak-anak, naik bas. Akak ada anak 4 orang. Akak ngan abang simpan RM1000. Kami bagi seorang RM250. Biar diorang pilih dan beli sendiri apa sahaja buku yang diorang nak." 


Jawapan kakak ini, yang merupakan penoreh getah  jauh nun dari utara tanah air, menimbulkan rasa insaf di hati.

" Sejak hari itu kan CikMa, kami laki bini, yang duduk tengah-tengah KL ni, mesti datang dan beli buku untuk dibaca." Begitulah cerita teman CikMa.

CikMa termenung juga. Kita ini simpan duit untuk beli kereta, rumah, telefon baharu, tab, yang beribu-ribu. Tak pernah terfikir nak simpan duit untuk beli buku. Nak beli kamus anak yang harga  lebih RM50 pun, dok berkira-kira tak habis-habis.

Allahu akbar!




Membaca jambatan ilmu. 
Membaca budaya bangsa.
Bangsa membaca bangsa berjaya.  


Apa tunggu lagi? Jom!
 

Oh, ya! CikMa dan rakan-rakan guru Program Pembangunan Pengkarya Guru, MBKM, KPM akan berada di sana pada hari perasmian, iaitu pada hari Sabtu, 27 April 2013.

Jumpa di sana!

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥