Ad Code

Responsive Advertisement

Hari Guru ~ Hadiah dan Hati

 
 
Selamat Hari Guru kepada CikMa... dan sidang rakan pembaca yang bergelar guru. 
 

Saban tahun, hari guru disambut meriah. Bertuah guru, dapat hadiah setiap tahun.  :)

Sempena hari ini, CikMa nak cerita tentang hadiah dan hati.

~~~~~~~~

Dia hanya memandang. Teman-teman lain masing-masing membawa hadiah untuk cikgu. Hadiah yang dibalut dengan dengan kertas berwarna-warni, membuat  hatinya gundah.

Dia diam sahaja, memerhati sekeliling. Semalam, dia sudah beritahu kepada ibu. Esok ada sambutan hari guru di sekolah. Ibu diam sahaja. Mungkin tidak faham maksud hati atau buat-buat tidak faham.

Di tangan, dia tidak punya wang.

Dia cari jalan. Esok, tetap mahu bawa hadiah ke sekolah, untuk ustazah. Ustazah seorang. Satu pun, jadilah. Bisik hatinya.

Ketika Pengetua  sedang berucap, teman-teman berwajah ceria. Dia menunduk, membelek-belek isi beg di atas riba.  Bolehkah diberi kepada ustazah?
 Dia tidak ada jawapan.

"Ustazah, Selamat Hari Guru. Terima kasih ustazah." Dia menghulurkan hadiah kepada CikMa.  Senyum yang kelat, tapi tulus.
 
CikMa tahu dia susah, namun, tetap sahaja mahu memberi hadiah. CikMa  senyum, sambut dengan rasa terharu. 
 

Balik rumah , CikMa buka hadiah satu persatu. Macam-macam yang CikMa terima. Ada yang beri brooch, pen, marker, set pencuci muka berjenama, lipstik :) , tudung dan macam-macam lagi. Alhamdulillah.

Yang  satu itu CikMa buka juga. 
Pembalut hadiah yang telah diguna pakai, kotak yang lembik, dan sebiji cawan yang agak lama,   seperti sudah digunakan. Wallahu a'lam.

Hati CikMa sebak. Sangat sebak. CikMa menangis.

Hadiah cawan itulah yang paling mahal dan bermakna buat CikMa. Sehingga kini, CikMa simpan baik-baik.

Masa berlalu. Dia selalu di hati CikMa. Doa CikMa mengiringi langkahnya. Duit raya untuknya, dan hadiah untuk si ibu sempena Ramadhan dan  Syawal, setiap tahun CikMa tidak lupa. 
 
Dia telah melalui PMR, sungguhpun anak yatim dan miskin, keputusannya cemerlang. 

Tahun ini, dia akan menduduki SPM. Doa CikMa, masih untuknya. 

Doa yang baik, untuk anak murid yang baik. 


Saya rasa:

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Terharunya cikgu..selamat hari guru..semoga terus menjadi guru yang brdedikasi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih... Selamat Hari Guru untuk Puan juga.

      Meleleh air mata saya tak berhenti lagi ni :'(

      Padam
  2. aku pun terharu jugak...moga anak itu terus berjaya dunia n akhirat..selamat hari guru cikma !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jazakillah Sikinisma...
      Amin atas doa itu... :)

      Padam
  3. Asalammualaikum Cik Ma.. cikgu ye?... tgh wat apa tu?.. menyusukan kucing ke? hehe.. (^_^)
    info jawatan 0 | ragam manusia | tazkirah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam Waazin...

      Yer, cikgu lah nih :)
      Kucing dah besar dah... minum susu sendiri je.. :)

      Padam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu