Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Subhanallah, cantik tarikh hari ni. 11.12.13.
Kepada teman pembaca yang mendirikan masjid pada hari ini, tahniah diucapkan. Kepada yang menimang cahaya mata pada hari , juga tahniah CikMa ucapkan.
Mudah-mudahan kita semua sentiasa dalam peliharaan Allah hendaknya.
Allahumma ameen.
" CikMa, lama tak tulis di blog? Hilang ke mana?"
Alamak! Baru CikMa sedar, memang dah berdebu blog nih. CikMa ada, dan tetap punya banyak cerita untuk dikongsi bersama-sama.
CikMa belajar tulis buku.
Komitmen diri bertambah, antara rumahtanga, kerjaya dan minat.
Tahun
ini CikMa terlibat dengan dua program penulisan, satu di bawah Majlis
Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) ~ Program Pengkarya Guru, 4 Siri dan satu lagi anjuran Bahagian
Pendidikan Islam ~ Daie Pena (BPI dan Perbadanan Kota Buku (PKB), 3 Siri.
Kedua-dua program sebanyak 7 siri ini, berlangsung sejak Mac 2013 dan baru sahaja berakhir pada awal Disember lalu.
Memandangkan
program diadakan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, sudah beberapa kali
program sekolah LADAP /LDP yang dibuat pada hari Sabtu, CikMa
terkecuali. Dilepaskan tanpa sengaja.
Komitmen diri bertambah, antara rumahtanga, kerjaya dan minat.
"Tulis buku? CikMa tulis buku apa?" Soalan lazim. Mereka teruja.
"Buku kanak-kanak." Rasa bersinar dunia tatkala dua perkataan itu CikMa luncurkan. (perasaan terlebih, hahaha)
Ada yang terus teruja malah tak terkecuali ada yang biasa-biasa sahaja.
Setakat buku kanak-kanak, apalah sangat , ye tak? :P
Suatu ketika, CikMa tidak berapa kisah tentang penulisan buku kanak-kanak. Sehinggalah suatu hari, CikMa dan Mawaddah pergi ke kedai buku. Di rak, dia ternampak :
* Pontianak Belakang Kereta
* Hantu Kak Limah
* Musang Jadian
* Jembalang Suruhan
* Misteri Hantu Bunian
Mawaddah nampak teruja lantas mendakap buku-buku tersebut. Dia mahu!
Buku tersebut murah dan nipis , namun, maaf CikMa katakan, inputnya kosong.
CikMa jadi risau.
" Tuan puan, kalau bukan kita , para pendidik, yang tulis buku yang baik untuk anak-anak kita, siapa lagi? Jangan biarkan buku-buku seperti ini memenuhi rak buku anak-anak kita."
Kata-kata Puan Norhayati, Pengurus Jabatan Pembangunan Industri Buku, PKB terpahat dalam di ingatan. Lantas, CikMa berazam, untuk menyahut cabarannya demi anak-anak bangsa.
Maka, bermulalah langkah CikMa dalam dunia penulisan secara rasmi sejak tahun lalu.
CikMa belajar, cuba dan berusaha untuk menulis, untuk si comel- si comel ini.
Benar, setiap hari CikMa pasti belajar sesuatu!
Semoga Allah beri kekuatan untuk CikMa dalam mengharungi perjuangan ini.
Anakanda Mawaddah |
Semoga semua si comel di luar sana disajikan dengan bahan bacaan yang baik, Insya-Allah.
Doakan CikMa ya!
Doakan CikMa ya!
2 Ulasan
Assalamualaikum CikMa, menulis buku kanak-kanak seolah memikul tanggungjawab besar. Pendapat peribadi sayalah. Hehe..
BalasPadamMencari buku bergambar kanak-kanak hasil penulis tempatan untuk anak kecil ini agak sukar bagi saya.
Teruskan berkarya! ^_^
Wa'alaikumussalam Ummu Khaulah yang dikasihi fillah.
PadamBenar, besar tanggungjawabnya.
Ayuh, kita bergandingan kudrat!
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)