Sabtu, 11 Jun 2011

Tiga Tiga

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Semalam 10 Jun 2011, genaplah umurku 33 tahun... Syukur alhamdulillah kerana masih diberi ruang dan peluang untuk hidup di muka bumi ini... Syukur ya Allah...

Semalam aku menerima hampir 100 ucapan selamat daripada saudara-mara, sahabat taulan dan anak-anak didikku... Di kesempatan ini , aku ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas tanda ingatan itu...
Maryati/Maria/Cik Ma/Kak Su/ Umi/ Maksu/Ustazah /Cikgu/Along/K.M .... mengucapkan terima kasih atas tanda ingatan kalian
Terima kasih semua...Semoga doa-doa kalian mengiringi langkahku seterusnya....Begitulah, dunia Facebook yang mengujakan.Mengerat silaturahim dan rangkaian persahabatan. Ada pro dan kontra.Harus bijak mengeksploitasi.

Aku melalui hari semalam dengan penuh ketenangan.Dan kebahagiaan.

Tidak perlu kek atau apa-apa kejutan.Asal ada 'dia' yang mendamaikan,itu sudah cukup bagiku.

Masing-masing menyambut hari lahir dengan cara yang tersendiri. Bagi diriku sendiri,  lazimnya hanya satu hadiah yang aku terima daripada dia dalam setahun. Hadiah yang tak berbalut... Satu hadiah untuk semua keraian. Hari lahir, ulangtahun perkahwinan, kejayaan, naik pangkat dan semuanya. All in one. Selalunya, di sebelah malamnya, dia akan bawa kami sekeluarga makan malam di luar....

Hadiah daripada dia, bila aku akan terima?? Terserah.  Yang aku pasti, sejak dia dan aku disatukan, ada sesuatu yang bermakna yang aku akan terima. Satu dalam setahun. Jadilah daripada tiada langsung.... kan?kan? ;)

Satu yang istimewa...Satu yang bermakna...

 33 tahun. Banyak yang aku pelajari daripada puing-puing kehidupan. Banyak yang aku mahu. Banyak pula  yang mahu kuberi...Apakah yang kumahu dan kuberi?? Biarlah kusimpan sendiri dalam sanubari. Biar kuadun menjadi nyata suatu dan ketika nanti.Biar kulangsaikan satu demi satu, semuanya demi mendapatkan redha Ilahi...

Masa yang lalu, jadikan pengalaman
Semua yang baik jadikan ikutan,
Masa hadapan , aku gagahkan 
Semua gagasan aku bentangkan
Allah sayang hamba yang berwawasan
Rasulullah cinta umat yang terbilang
Aku dukung amanah
Menjadi khalifah yang sa'adah.....

 





♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

2 ulasan:

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)