Selasa, 28 Jun 2011

Pahlawanita@Ultrawoman@Gaban

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua...

Penghujung Jun 2011.

"Dah mengajar setengah hari, sambung pulak dengan meeting sampai ke petang.Zohor terkocoh-kocoh. Balik rumah memasak , membasuh , mengemas. Bila dah penat, anak-anak aku marah kalau ada yang tak kena. Masuk tandas , aku nangis puas-puas!Kesian anak-anak aku..... " Rintih seorang teman.

Setitis air mata penawar seribu duka

Argghhh!! Begitulah realiti kehidupan seorang ibu yang bekerja. Semuanya terpikul di bahu.Sedangkan suami??? Terus-terusan menganggap isteri sebagai PAHLAWANITA rumahtangga.Mungkin juga Ultrawoman? Atau Gaban?

Besar sungguh pengorbanan isteri. Membuyung sembilan bulan, melahirkan, menyusu, mengasuh, mendidik.Kerana itulah Allah SWT mengurniakan air mata yang banyak kepada wanita...Setiap kesakitan, air mata membasah sebagai penawar. Meredakan kelukaan.

Ayuhai para suami. Bukalah matamu. Berbuat ihsanlah kepada isteri. Ringankan tanganmu, mesrakan bicaramu , layankan ceritanya tentang kehidupan. Nescaya hidupmu Allah berkati.

Cuma teman, usahlah menangis di dalam tandas. Bertemankan syaitan dan iblis bertepuk tangan. Membisik-bisik menghasut dendam dan kejahatan.

Sebaiknya teman, menangislah ketika sujud di sejadah, lalu luahkan segalanya  kepada Allah. Dia yang mencipta, Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang. Mintalah secebis kekuatan-Nya, semoga kau terus kuat melangkah menguruskan kehidupan!

nota kaki: kalau dah tak tertahan, nangis je lah....




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)