السلام عليكم ورحمة ألله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...
Seperti biasa, setiap kali hadirnya bulan Ramadhan pastinya Panitia Pendidikan Islam sibuk menganjurkan pelbagai program Ihya' Ramadhan. Aku tidak terkecuali.Oleh kerana bilangan murid Islam yang sedikit di sekolahku, kami tidak dapat mengadakan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran. Namun, aku tetap mahu menyuburkan semangat cintakan Al-Quran di hati murid-muridku ini....Maka tercetuslah idea untuk mengadakan Program Mari Mengaji.
Kaedah pelaksanaannya mudah sahaja. Murid yang menjadi peserta akan membaca sama ada Al-Quran ataupun Iqra' mengikut tahap masing-masing. Aku pula bertindak sebagai penyemak bacaan mereka. Aku menjalankan program ini setiap hari, pada waktu rehat. Sama ada di surau atau di Bilik Media, aktiviti ini tetap berjalan.Daripada mereka melepak tak tentu hala, ada baiknya juga masa rehat mereka terisi dengan amal ibadat. Adakalanya aku menggunakan masa relief dan waktu PJK.
Generasi masa hadapan: Kitalah pencoraknya! |
Pada minggu terakhir Ramadhan nanti, para peserta akan diberikan sedikit cenderahati sebagai tanda penghargaan pihak panitia buat mereka. Yang menariknya, para guru juga turut melibatkan diri dalam program kali ini.
Walaupun tidak setanding Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran seperti di sekolah -sekolah yang lain, aku berharap melalui aktiviti ini dapat menimbulkan rasa cinta murid terhadap mukjizat agung ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua murid ustazah dan rakan guru yang menyokong usaha murni ini.
Aku berhasrat untuk meneruskan program ini sehinggalah jasad dikandung tanah.....Insya-Allah.
Semoga Al-Quran akan menyinari hidup kita di dunia dan di akhirat kelak. Amin.....
0 Ulasan
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)