السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...
Pada 11 Ogos lalu, bertempat di Pusat Belia Antarabangsa , Bandar Tun Razak KL, aku berkesempatan menghadiri suatu program anjuran Majlis Guru Cemerlang Zon Pudu yang bertajuk Bengkel Kemahiran Bicara Berkesan.
Aku lihat pada kertas tentatif program, penceramahnya En. Suhail B. Mohd. Kamaruddin, masa 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Eh, takkan dia seorang sahaja ?? Aku tertanya sendiri.Kita berpuasa, dan penceramah ini akan bercakap selama lebih 5 jam ?!
Tamat slot pertama, aku lega. Kukira keputusan untuk hadir ke bengkel itu adalah keputusan yang tepat.Pada waktu rehat, aku melihat beliau masih bercakap dan melayan soalan-soalan serta respon peserta, beliau tetap bertenaga dan mesra.Almaklumlah, masih belia katakan... :)
Suhail B.Mohd Kamaruddin: Ikon Belia Negara |
Sehingga tamat program, kehadiran kekal begitu. Walaupun pada waktu rehat para peserta yang bukan Islam menjamu selera di luar (kerana makanan tidak disediakan) ,tepat waktu, mereka kembali duduk di dalam bilik seminar itu. Inilah kali kedua aku menghadiri program , (yang pertama ceramah Datuk Dr. Fadzilah Kamsah) para peserta setia menadah telinga dan memaku mata sehingga tamat program.
Cara bersalaman turut terkandung makna tersirat |
Pemuda ini, umurnya baharu 25 tahun ,berasal dari Kelantan dan sedang menunggu kelahiran cahaya mata sulung.Ikon Belia Negara 2011 dan penerima emas Anugerah Belia Antarabangsa London ini benar-benar membuatkan hari yang kulalui sarat dengan ilmu dan kepuasan.Sangat berbaloi!
Dalam ceramahnya, beliau banyak bersandarkan kepada fakta nas dalil aqli dan naqli. Alang-alang berbicara katanya, biar bermakna dan memberi impak yang besar kepada pendengar.Bercakap sedikit, tetapi menusuk jiwa. Bercakap sedikit, tetapi memotivasi jati diri.
Bukan itu sahaja, beliau juga menunjukkan cara berjalan, berdiri dan duduk yang tepat apabila kita hadir ke majlis-majlis tertentu. Pakaian , air muka dan pandangan mata tidak terkecuali. Cara memegang mikrofon, gerakan tangan dan segala-galanya tentang berbicara.Aduh, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki semuanya harus diteliti!
Duduk kena tegak dan tangan diletak atas paha |
Inilah pertama kali aku melihat penceramah hanya bercakap tanpa bantuan slide power point. Beliau hanya merujuk kepada nota yang menjadi bahan edaran peserta dan menunjukkan video berkaitan sebagai selingan yang bersesuaian.Aku kira , hampir 95% penyampaian isi adalah tertumpu daripada kekuatan dirinya sendiri. Malah, penyampaiannya yang sempurna dengan 1001 macam cara, gaya bahasa dan nada suara serta gerak bahasa badan memang membuatkan para peserta tidak mahu tertinggal walau sepatah perkataan .Maka, tajuk ceramah iaitu Kemahiran Bicara Berkesan memang sangat bertepatan dengan penyampainya. Tahniah En. Suhail!!
Pengalaman beliau melawat ke negara asing seperti Jepun, London, Myanmar dan sebagainya menjadikan dirinya seorang yang berpengetahuan luas dan lebih matang dari usianya yang sebenar. Jikalau semua belia di luar sana dapat menjejaki langkah-langkah Ikon Belia Negara ini, sudah pastinya negara akan berlapang dada dan terus memecut pembangunan yang sempurna dengan kehebatan sahsiah pemuda-pemudi.
Merakam kenangan bersejarah bersama Ikon Belia Negara 2011 |
Sekira anda dijemput menghadiri program dan nama En. Suhail b. Mohd Kamaruddin tertera di situ, usahlah berfikir dua kali. Hadirlah kerana tidak ada penceramah muda seperti Suhail yang seorang itu!!
2 Ulasan
Terima kasih atas komen yang diberikan , silalah berkunjung ke blog sy yg baru sgt tu...baru nak berjinak2...http://suhailkamaruddin.blogspot.com/
BalasPadamSama-sama.... insya-allah...akak pun sama, perlahan-lahan .. hanya nak berkongsi kisah puing-puing kehidupan.... sometimes, sharing is not a crime...
BalasPadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)