السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua....
Miko, aku bela sejak umurnya seminggu. Anak buahku Aiman Hakimi yang menjumpainya, yang kebasahan di tepi longkang ketika hujan lebat. Hati kemanusiaannya membawa Miko pulang. Lalu kakak iparku Noriah yang baik hati ( http://maryati2you.blogspot.com/2011/06/dia-kakak-iparku.html ) memberikannya kepadaku setelah aku bersedih kerana kematian dua ekor anak kucing, dua bulan sebelumnya.
Aku bawa Miko ke Hospital Veterinar, mendapatkan rawatan dan membelikannya susu tepung yang bermutu tinggi. Bayangkan,hanya 350 gram, harganya RM30!! Kalah susu Mawaddah .Tapi tak mengapalah, asalkan Miko dapat yang terbaik....
Aku beri dia susu botol, lap punggungnya selepas itu untuk memastikan dia kencing dan perutnya tidak kembung.Ilmu itu, doktor veterinar yang ajar kepadaku. Terima kasih, doktor.
Miko minum susu botol.... :) |
Setiap kali ke sekolah, pastinya aku akan terfikir tentang Miko. Menelefon abang atau ibuku untuk memastikan Miko sudah diberi susu, sama seperti ketika mula-mula aku melahirkan Mawaddah anakku yang seorang itu.Argh, tidak pernah terfikir yang aku akan mempunyai haiwan peliharaan sendiri!
Lama -kelamaan, Miko semakin sihat dan membesar. Pernah aku membawanya mendapatkan rawatan di hospital kerana dia cedera setelah bergaduh dengan kucing lain.Kopak juga aku ketika itu, lebih RM60 kena bayar untuk rawatannya.
Setelah aku berpindah ke Kajang, Miko aku tinggalkan di rumah ibu dan dijaga oleh abangku iaitu En. Raime yang kacak lagi beriman, kulantik beliau sebagai bapa angkat Miko. Sehinggalah dua kali Miko bersalin, hanya yang tinggal Mika ( 2 bulan) dan Miki (2 minggu).
Miko (kanan) bersama anaknya Mika... |
Apakah seterusnya kisah Miko yang membuatkanku mahu menulis tentang 'Seorang ' Kucing yang Bernama Miko??
Ikuti coretan hatiku seterusnya nanti....
0 Ulasan
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)