Sabtu, 26 November 2011

Ujian Itu Menduga...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته... 
Salam sejahtera buat semua....

Setahun berlalu.
 Tahun 1432H , 
ada dua impian CikMa yang tak kesampaian. 
Apa dia tu? 

Nak baby baru
Nak pindah sekolah dekat 
 
Bila impian tidak menjadi kenyataan,memanglah sedih jauh di lubuk hati ini... 
Sedih sangat-sangat...
Namun, itulah qada' dan qadar Allah yang wajib diimani.
CikMa kuatkan semangat ,
belajar untuk bersabar 
dan belajar menerima ketentuan-Nya....

Tiba-tiba CikMa teringat.
Seorang teman CikMa, mudah sahaja mendapat cahaya mata. 
Sudah empat semuanya. 
Namun, tiga  anaknya itu  menghidap penyakit jantung. 
Yang seorang lagi sakit asma kronik.
 Setiap detik hidupnya , dibayangi antara hidup dan kematian.
Lantas, beliau suami isteri sentiasa basahkan hati 
dengan zikirullah 
yang menjadi benteng keimanan dan kesabaran. 
Biar kuat pergantungan dengan Al-Khaliq.
Allahu Akbar!

Allah SWT berfirman:

“Demi sesungguhnya!
Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, 
dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, 
sesungguhnya azab-Ku amat keras.”
(Surah Ibrahim: 7)


CikMa jadi insaf sendiri....! T-T



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Terjemahan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua....

Mari kita hayati doa akhir tahun....

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.

Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuain dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.

Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.

Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah

Yang ni , doa awal tahun pula....
Bismillahirrahmanirrahim


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.


Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.


Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.


Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. 

Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. Ya Rahman Ya Rahim!  Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan.

Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. 

Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami.  Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Jom Baca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua....

Sebelum Maghrib 30 Zulhijjah, jom baca doa akhir tahun.Tujuan utamanya supaya kita mengingati semula amalan-amalan sepanjang tahun ini, sama ada amalan kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa, lantas kita memohon ampun atas kesalahan dan dosa serta meminta perlindungan Allah SWT daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Doa Akhir Tahun:


Manakala doa awal tahun pula  adalah bertujuan memohon kekuatan dan hidayah  untuk melaksanakan azam baharu untuk melakukan kebaikan.

Doa Awal Tahun


















♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Jumaat, 25 November 2011

Teknik Motivasi Anak Cara +ve

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Apa khabar semua? Minggu ni bermulalah anak-anak kita bercuti... Bercakap tentang anak-anak ni, CikMa nak promote sebuah buku ilmiah yang sangat bermanfaat kepada ibubapa dan pendidik.Maklum sahajalah, mendidik anak-anak juga ada teknik dan ilmunya yang tersendiri...


Inilah bukunya....


Buku ini banyak memberi kita panduan dalam mendidik anak-anak seterusnya memotivasikan mereka agar menjadi insan yang baik.

CikMa beli buku ni tahun lepas.... Walaupun nipis sahaja, tapi CikMa mengambil masa selama 3 bulan untuk mengkhatamkannya!Kenapa agaknya??

Apa tidaknya,  setiap helaian membuatkan CikMa rasa berdebar-debar sehingga takut nak meneruskan pembacaan. Terasa diri banyak buat silap  dan berdosa dalam mendidik anak yang seorang itu.Kalau tak percaya, bacalah sendiri!




















♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Selasa, 22 November 2011

Rumah Sukan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Macam mana nak bahagikan Rumah Sukan bila buat Family Day? Ahli keluarganya....


Jadi,mula-mula CikMa dan AJK Sukaneka buat senarai  nama ahli keluarga yang ikut serta. Kemudian, kami catat di tepi dengan kiraan 1,2,3,4. Nombor 1 untuk Rumah Biru, 2 Rumah Kuning, 3 Rumah Hijau dan 4 Rumah Merah. 

Selepas itu, kami keluarkan nama-nama tadi mengikut nombornya....

Memandangkan kos dan masalah sampingan, kami semua bersetuju agar baju mengikut warna rumah sukan disediakan oleh keluarga masing-masing... mudah dan sangat praktikal... Kelab Keluarga kami ni pun bukannya budget besar.... Alhamdulillah semua setuju dan sangat sporting... Hasilnya.....












Colourful kan??



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Salasilah Keluargaku

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua..

Yang ni CikMa nak tunjukkan aktiviti yang sangat menarik bila buat Hari Keluarga... Aktiviti ini dinamakan Salasilah Keluargaku... 

Memandangkan sudah lama tidak berjumpa, ada keluarga yang telah menambah ahlinya... Jadi, melalui Salasilah Keluargaku ini , dapatlah kami mengenali lebih lanjut ahli keluarga yang ada....Tahu di mana mereka berada, belajar atau bekerja di mana dan sebagainya... Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah kertas mahjong dan  pen marker.

Yang menariknya, aktiviti ini bukan sahaja melihat kreativiti keluarga, malah ketika sesi pembentangan, dapatlah kita mendengar pakcik dan makcik kita 'public speaking' . Ada yang tersasul, nak sebut Salasilah , tersebut Salasiah, sahsiah... dan macam -macam lagi.. Maklumlah nerves katakan...memang  kelakar dan seronok sangat!CikMa pilih beberapa gambar yang menarik untuk dikongsi...









♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Peraduan Melukis

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua....

CikMa nak sambung cerita tentang aktiviti Hari Keluarga tadi...

Disebabkan Peraduan Mewarna lebih menarik  untuk kanak-kanak 10 tahun ke bawah, maka , AJK Sukaneka turut menganjurkan Peraduan Melukis. Waktu dan tempat adalah sama seperti Peraduan Mewarna... Maka , boleh dikatakan pada waktu tersebut semua ahli keluarga akan bertumpu di suatu tempat selepas check in...

Abang Razif antara peserta Peraduan Melukis...
 dan ini hasil lukisannya... menggamit nostalgia





♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Peraduan Mewarna

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Apa khabar semua...? Buat apa cuti-cuti ni? (bagi cikgu laa) Ada perancangan tak nak buat Hari Keluarga?

Hampir setiap tahun , keluarga CikMa (sebelah bonda) akan mengadakan Hari Keluarga...

Tahun lalu, kami mengadakan Hari Keluarga di Cherating. Pakej 3 hari 2 malam.Ahli yang terlibat adalah seramai 89 orang dan kami berkonvoi sebanyak 15 buah kereta! Selalunya, kami akan bermesyuarat sebanyak 3 kali sebelum 'hari kejadian'.Tujuan tiga kali mesyuarat diadakan adalah seperti berikut:

  1. untuk mengundi tempat yang ingin  dikunjungi.(selepas itu s/u akan survey tempat tersebut)
  2. membuat pemilihan kedudukan chalet dan mengutip bayaran daripada ahli. Pemilihan AJK dan pengkhususan tugas juga dibuat dalam mesyuarat kedua.
  3. membuat pengagihan rumah sukan ,senarai semak barang keperluan serta persetujuan tempat berkumpul sebelum bergerak.
Sebaik  sahaja konvoi ahli keluarga tiba, kanak-kanak akan dilonggokkan setempat untuk peraduan mewarna . Selain bertujuan untuk mencungkil bakat anak-anak, aktiviti ini dapat mengawal pergerakan mereka.Maklumlah, ibu bapa sibuk 'memunggah' barang masuk ke dalam chalet, maka anak -anak akan selamat tanpa berkeliaran ke tepi pantai ataupun bermain di kolam.AJK Sukaneka akan menunggu sehinggalah aktiviti tamat.

Berdasarkan pengalaman yang lalu, apabila anak-anak sibuk mewarna, ibu dan bapa sibuk mengacau konsentrasi si anak.

"ha, daun hijau pekat dik.Pucuk daun  kale ijau cair dik. Baju dia kale  biru dik." 

Begitulah....

Jadi , kami pun sepakat mengadakan peraduan mewarna untuk kaum ibu dan bapa pula... Lihatlah gambar-gambar di bawah ni, masing-masing tekun dengan  kertas dan pensel warna masing-masing.... Ibu bapa turut teruja, maklumlah , dah lama tak mewarna... hehehe

Aman bebudak mewarna... emak kat belakang pun tekun..

Peserta veteran...Best kan...
Kaum bapa pun turut serta...
Setelah tamat masa, kertas-kertas tersebut akan diserahkan kepada pengusaha chalet dan pengunjung lain di resort tersebut untuk diberi markah... Selepas itu, semua kertas akan digantung di dinding dewan resort sepanjang Family Day berlangsung... Jadi bolehlah semua peserta melihat bakat anak/ isteri/ suami masing-masing... Seronok, kan?

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Ahad, 20 November 2011

Bila Anak Ada 9.....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Semasa berkursus di Tiara Beach Resort baru-baru ni, CikMa mengajak teman sebilik, dan seorang lagi kenalan baru keluar ke tepi pantai sambil pekena air kelapa muda dan pisang goreng. Maklumlah ... dah 3 hari tinggal di hotel, muak juga dengan menunya. 

Tiba di sebuah gerai, kami pun menikmatilah hidangan dengan panorama angin pantai... 

Tiba-tiba kenalan baru kami iaitu Kak Ton (bukan nama sebenar) seorang guru dari selatan tanah air menerima sms daripada suaminya...
"Amboi, sedaplah awak makan hotel hari-hari". Bunyi sms si suami.

Kak Ton memberitahu kami. Anaknya seramai 9 orang , yang sulung sudah masuk kolej, berumur 20 tahun dan yang bongsu berumur 5 tahun. Sudah tiga hari kesemua anaknya dijaga oleh suami. Apa nak buat, 'yang menurut perintah', terpaksalah berkelana ke Port Dickson untuk menyokong dasar pendidikan negara. Ikut hati, mana-mana ibu tidak sanggup kerja berjauhan meninggalkan anak dan suami di rumah.... Betul tak??


"Alah, selama ni saya masak, kemas rumah, basuh baju tiada sape pun ucap terima kasih. Sekali -sekala, awak rasa lah pulak." Kak ton membalas sms suaminya. Cuak.

CikMa mendengar sahaja keluhan hati Kak Ton. Berat juga kalau semua urusan rumahtangga isteri seorang yang memikul. Nak-nak  tanpa pembantu . CikMa yang beranak seorang ni pun rasa nak tercabut kaki , ini apatah lagi kalau 9 orang! Allahu Akbar....

Seusai petang itu, CikMa berseloroh dengan Kak Ton, kalau-kalau dia ter'accident', keluar anak ke 10, bagi jelah anak tu kat CikMa.... (suka di jiwa je kan...) hehehe....

Jadi, para suami sekalian... agak-agaklah dengan situasi di rumah... dah 'buat' anak sama-sama, jaga pun biarlah sama-sama okay..... Peace no war!

Diceritakan dari Nabi SAW bahwa baginda bersabda pada waktu haji widak (perpisahan) setelah baginda memuji Allah dan menyanjung-Nya serta menasehati para hadirin yang maksudnya:
 
'Ingatlah (hai kaumku), terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada para isteri, isteri-isteri itu hanyalah dapat diumpamakan kawanmu yang berada di sampingmu, kamu tidak dapat memiliki apa-apa dari mereka selain berbuat baik, kecuali kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan yang keji yang jelas (membangkang atau tidak taat) maka tinggalkanlah mereka sandirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Kalau isteri- isteri itu taat kepadamu maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka.

Ingatlah! Sesungguhnya kamu mempunyai kewajiban terhadap isteri-isterimu dan sesungguhnya isteri-isterimu itu mempunyai kewajiban-kewajiban terhadap dirimu. Kemudian kewajiban isteri isteri terhadap dirimu ialah mereka tidak boleh mengizinkan masuk ke rumahmu orang yang kamu benci. Ingatlah! Kewajiban terhadap mereka ialah bahwa kamu melayani mereka dengan baik dalam soal pakaian dan makanan mereka.
                                                                                     (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Sabtu, 19 November 2011

'Godek-Godek' Blog...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Cuti sekolah ni , banyak yang CikMa rancang nak buat. Antaranya ialah mengemaskini blog CikMa agar lebih menarik.

Ilmu Allah maha luas, tak sangka pula CikMa akan belajar ilmu mem'blog' ni secara atas talian. Jika bab masak-memasak CikMa jadikan blog En. Mat Gebu sebagai panduan, maka CikMa dengan ini memaklumkan kepada rakan-rakan sekalian, CikMa telah memilih adik Lyssa dari www.lyssasecret.com sebagai guru blog CikMa.... 

Banyak sungguh pahala yang mereka dapat tanpa mereka sedari.. Terima kasih ya...
Selalunya kita pergi kelas dan bayar yuran untuk belajar , tapi nampaknya  belajar percuma pun dah ada ,cuma kena pandai nak bahagikan  masa dengan rutian harian... Agak-agaknya  kalau CikMa jumpa adik Lyssa ni, pasti CikMa akan belanja dia! Insya-Allah....

Tutorial adik Lyssa sangat mudah, dan macam-macam yang CikMa dapat belajar... jadi, perlahan-lahan , CikMa akan belajar...  CikMa lah penuntut ilmu sepanjang hayat.... 

Sekalung tahniah dan penghargaan buat adik Lyssa...




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Jumaat, 18 November 2011

KSSM : Satu Hasrat Murni

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

CikMa baru pulang daripada menghadiri Taklimat Penyelarasan Uji Rintis KSSM Tingkatan 1 2012 bagi subjek Pendidikan Islam di Tiara Beach Resort , Port Dickson selama 4 hari 3 malam.

Kursus kali ini melibatkan sekolah-sekolah di seluruh negara yang terpilih untuk melaksanakan uji rintis di sekolah mereka pada tahun hadapan.Sekolah CikMa turut terpilih untuk subjek Pendidikan Islam yang mana CikMa sendiri akan melaksanakannya di sekolah nanti.Insya-Allah.

Aktiviti Perbincangan  Modul Pengajaran

Tujuan utama diadakan Uji Rintis ini adalah untuk menilai dan mengumpul dapatan sejauh mana keberkesanan kurikulum baru iaitu KSSM  (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) di peringkat sekolah. KSSM akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2014 , maka sebab itulah tahun hadapan ianya diuji terlebih dahulu demi memastikan sistem pendidikan negara mantap dan dapat mencapai matlamat yang dihasratkan.

Secara peribadi,CikMa sangat teruja dengan KSSM  Pendidikan Islam yang dibina kerana ianya menekankan 5 objektif iaitu ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan.

Dari sini dapat kita lihat, kemenjadian murid yang dihasratkan adalah seimbang dunianya dan akhiratnya. 

Kita mahukan anak yang cemerlang, bukan sahaja dari segi ilmu dan amali bahkan anak-anak ini akan diterapkan dengan amalan, penghayatan seterusnya menjadikan semua ajaran Islam dan nilai murni sebagai satu budaya dalam kehidupan.

Namun, setiap pembaharuan dan perubahan, pasti ada bayarannya... maka, CikMa menyeru kepada semua pendidik umumnya dan semua GPI khususnya agar mempersiapkan diri untuk meneruskan perjuangan kita yang belum selesai.....

Kata Tn. Hj. Zamri (Ketua Unit P.Islam , BPK,KPM) :

Kalau kita tidak berubah sekarang, bila lagi? 
Kalau bukan kita, generasi mana yang akan melakukannya?



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Kembali Semula...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Apa khabar semua kawan-kawan? Cuti sekolah dah bermula, jadi ada ruang dan peluang untuk saya meneruskan penulisan di sini...

Kali ini saya cuba nak mulakan dengan nafas baru. Sebagai langkah pertama , saya akan menggunakan kata ganti nama diri iaitu 'CikMa'.

Apabila membaca blog rakan-rakan yang lain, rasa mesra jika guna nama sendiri selain aku dan saya. 

Sebenarnya , saya dipanggil dengan pelbagai nama samaran iaitu:
  1. Maria (keluarga)
  2. Kak Maria (adik-adik guru )
  3. Mak Su (anak buah)
  4. Kak Su ( junior sekolah)
  5. Along (junior sekolah) 
  6. Ummi (anak dan anak-anak buah)
  7. Yati (orang asing)
  8. Mar (kakak-kakak)
  9. Ti (yang baru kenal) 
  10. cikgu (murid Cina dan India)
  11. ustazah 
  12. dan yang paling ramai panggil saya dengan nama CikMa... Mereka ini adalah kawan-kawan semasa belajar di universiti , dan rakan-rakan guru sealiran (Pendidikan Islam).. Jadi, mulai sekarang CikMa jadi pilihan.. ok tak? Oklah tu kan...
CikMa harap, apa-apa yang CikMa titipkan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada semua... Insya-Allah..


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Isnin, 7 November 2011

Hilang Sekejap

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Mana lah si Maryati ni... lama menyepi... dah bersawang blog nih....

Ok kawan-kawan,saya minta maaf banyak-banyak .... buat masa ni saya jadi pasif untuk berblog kerana saya aktif menyiapkan kerja-kerja sekolah... di samping tu saya menghadiri kelas-kelas untuk memajukan diri yang kurang berilmu....jadi tak sempat nak update entri  buat masa ni. 

Cuti sekolah makin dekat, bermakna semua kerja sekolah mesti diutamakan dan dibereskan. Barulah hati tenang....

14 November 2011 ni , keputusan pindah sekolah akan diumumkan. Saya berharap saya ada rezeki kali ini... doakanlah untuk saya ya!Dah sangat penat sebab setiap hari tiba di rumah hampir jam 8.00 malam... solat maghrib selalu  lewat .. , balik rumah anak dah tidur... mengalahkan orang yang kerja pejabat pulak!sedih sedih...

Bila semuanya dah reda, Insya-Allah saya akan sambung puing-puing kehidupan.... ada banyak cerita yang nak dikongsikan... 

nota kaki: Selamat Hari Raya Aidil Adha... berkorban, ikhlaskan kerana Allah.... :)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥