Sabtu, 31 Disember 2011

Soal Rezeki , Milik-Nya Jua


 
 
Disebabkan dia seorang sahaja, CikMa biarkan je lah dia buka khemah tengah-tengah 'dunia'....





Tahun depan , Mawaddah akan masuk Tahun 2... maknanya dah lapan tahun Allah anugerahkan dia kepada kami....

CikMa kemas-kemas pakaian lama..baju dia masa baby ,masih elok lagi, CikMa dah beri pada orang cuma ada beberapa yang CikMa simpan ...yang ini


Ayah Cik dia yang hadiahkan... ole-ole dari Australia


 
dan yang ini....


Sarung tangan dan sarung kaki Mawaddah....

 
Masa ni, rasa memang nak sangat ada baby... Tapi Allah SWT  masih belum perkenan...

Cuma kadang-kala CikMa rasa ralat di hati, bila ada yang bertanya: 
 
"Hai, takkan sorang je? Cukup ke?"
"Mawaddah dah besar, boleh bagi adik kat dia..."
"Jangan tunggu lama-lama, kita ni makin tua...."
"Aik, dari dulu on the way, mana tak sampai-sampai?"

dan banyak lagilah suara-suara yang 'ambil berat'  tentang adik Mawaddah yang masih belum kunjung tiba...
 
Ada nada gurau, ada nada sinis. Ada juga yang ikhlas, namun ada juga yang risau tiada asas.

CikMa pujuk hati sendiri, tak mahu ambil hati dengan kata-kata mereka yang tak mengerti...

Soal rezeki cahaya mata, semua pasangan pasti berkehendak...Sebagai hamba kita berusaha, namun hasilnya masih Allah belum perkenan.

Kami berlapang dada, sementara usaha tak mengenal putus asa. Tangga hospital tentunya mengecam langkah kami, namun perancangan Allah adalah yang terbaik dari segala-galanya....

Kurang sini, lebih sana. Tiada yang ini, yang lain melimpah.Begitulah kehidupan...
 
Jadi, kawan-kawan, doakan CikMa ya!


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)