Ad Code

Responsive Advertisement

Farmville Sebenar Lagi Best!

 
 
Dulu-dulu, CikMa memang suka sangat main game Farmville. Alah , yang kat facebook tu... sanggup kira berapa jam lagi nak petik, beli  lembu, kuda , pokok epal , sibuk hantar gift lah.. dan macam-macam lagi. Tanpa disedari, rupa-rupanya permainan ini membuatkan CikMa ralit, malah  mengabaikan hal-hal yang utama.
 
 

Farmville yang melekakan .....

 

Setelah diberi 'hidayah' daripada Allah, CikMa dah berhenti main game tu...Kesibukan di sekolah dan menguruskan rumahtangga ditambah lagi dengan kelahiran  blog ni, buatkan CikMa dah tak berapa hairan dengan  permainan tersebut... Semua ville tak gempak lagi....

Yang ni lagi gempak. Farmville sebenar


Lagi puas hati, malah bermanfaat!



Disebabkan En Asben dah extend rumah depan belakang sampai takde tanah, jadi CikMa tanam dalam pasu sahaja... Pokok cili, daun kesom dan daun pandan... jadi  setakat nak pakai setangkai dua boleh petik-petik sahaja kan.... 


Inilah kali pertama CikMa bercucuk tanam... Kira sejuk jugak tangan CikMa ni kan?Kan? (perasaan terlebih jer...)


Tengok ni pulak....


Lebih 20 biji dari 3 pasu yang dipetik....


 
Seronok rasanya! Tapi satu je yang buatkan CikMa hairan....Kenapa cili api yang CikMa tanam ni rasanya tak pedas??? 
 Ada siapa-siapa boleh tolong jawab tak?? Huhuhuh
Saya rasa:

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. bestnye dpt petik cili yg tanam sendiri

    BalasPadam
  2. wah..memang sejuk tangan...hidup subur je.. hai salam kenal (*_^)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pernah tahu pun tangan sejuk ke panas sebelum ni... alhmadulillah sejukkkkk..heheh

      Padam
  3. nak pedas, letak cili boh sepeket hari2 hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. alahai, kalau letak cili boh hari2, dah tak nama cili api , ye tak? hehehe

      Padam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu