Ad Code

Responsive Advertisement

Melatih Anak Tidak Buang Air Kecil Sewaktu Tidur

 
 
Penat sebab terpaksa bersihkan tempat tidur anak setiap pagi?Anak tetap kencing di atas tilam walau telah mencuba pelbagai cara dan kaedah? 
 
Itulah yang CikMa rasa dulu-dulu. 
 
CikMa yakin setiap ibu ada cara yang tersendiri, tapi setiap anak itu berbeza....Sibuk CikMa bertanya sana sini, bagaimana caranya? Akhirnya.... setelah seminggu lebih berlatih, akhirnya  CikMa telah bertemu dengan satu formula untuk melatih anak supaya tidak kencing sewaktu tidur.

Macam mana??

  1. Sebelum tidur, pastikan anak buang air kecil terlebih dahulu. (cara ni pastinya sama dengan semua ibu )
  2. Kejut anak setiap dua jam untuk ke bilik air. Contohnya, dia tidur jam 10 malam. Maka, kejutkan dia pada pukul 12, 2, 4 dan 6 pagi.Buat bunyi 'shooooo' supaya dia terasa mahu buang air kecil.
  3. Setelah tiga hari, panjangkan sedikit tempoh, kepada 3 jam. Contohnya, 10 malam dia tidur, kejutkan dia pukul 1, dan pukul 4 pagi.
  4. Dalam pada masa yang sama, bercakap dengan anak setiap kali sebelum tidur :" Malam ni mama kejut, abang buang air kecil dalam tandas, ya...."
  5. Setiap pagi, puji si anak: " Wow, semalam mama kejut adik ke tandas, senangggg je bangun. (walaupun susah sebenarnya) hihihi atau; "Baguslah adik dah tak kencing atas tilam... Mama sangat gembira.."
  6. Selalu beritahu anak harapan kita : "Mama harap bila adik masuk tadika, adik sudah tidak kencing malam lagi..."  - Beritahu masa yang  tepat kepadanya. Contohnya  darjah 1, bulan 6 atau bulan 12. Anak akan 'set'kan dalam minda, oh, tadika nanti dah tak boleh kencing malam.Begitulah....
  7. Mengikut pengalaman CikMa, setelah seminggu lebih mencuba kaedah ini, anak sudah tidak kencing malam langsung! Tak perlu lagi kita kejutkan dia seperti dalam tempoh latihan.

Kejutkan anak, suatu cabaran!

Memandangkan proses yang kedua adalah sukar, kerana setiap dua jam kita terpaksa kunci jam supaya dapat bangun, maka CikMa cadangkan latihan ini dilakukan ketika kita bercuti panjang.... Jadi,taklah menjejaskan diri kita di siang hari nanti.

Tempoh latihan memang memenatkan kita , kejap-kejap bangun, tapi percayalah, objektif  pasti tercapai . Tanpa pengorbanan, apalah ertinya  sebuah kejayaan. Bersusah-susah dahulu pendapatan..... Ingat , kejayaan tidak datang bergolek!

Selamat mengurus anak kecil.... :)
Saya rasa:

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. hehe...penat nk cuci tilam klu asyik kencing mlm je..

    BalasPadam
  2. heheh.. tahu tak per... apa pun, memang itulah pengalaman yang dilalui oleh setiap para ibu...

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu