Eh, betul ke?
Macam tak percaya!
Asalnya , tujuan CikMa menyertai Program Pengkarya Guru anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia hanyalah sekadar ingin meneroka ilmu penulisan. Apabila membaca buku cerita kanak-kanak kepunyaan Mawaddah, CikMa teringin nak tahu bagaimana sesebuah buku kanak-kanak dihasilkan.Kebiasaannya, jalan cerita buku kanak-kanak yang mudah difahami, di samping banyak menerapkan nilai murni mampu menarik perhatian kanak-kanak.
Namun, kata-kata Pn. Norhayati yang mengetuai delegasi Malaysia ke Pesta Buku Kanak-Kanak di Bologna Itali bulan lalu, berjaya merubah tujuan asal CikMa.
" Hanya orang yang sibuk sahaja menulis "
Kata-kata peransang itu, benar-benar masuk terus ke dalam minda CikMa. Apabila ragu-ragu dengan keupayaan diri lantaran sibuk dengan hal sekolah dan rumahtangga, kata-kata itu kembali terngiang-ngiang di imbasan fikiran.
Pn. Fatimah Zainal Mentor yang berwibawa |
" Cikgu-cikgu, negara maju perlu menghasilkan sebanyak 26 ribu judul buku setiap tahun. Malangnya, Malaysia hanya mampu menghasilkan 16 ribu judul buku sahaja setiap tahun. Kurang lagi 10 ribu. Andai cikgu yang hadir pada hari ini mampu menyumbangkan sebuah buku sekurang-kurangnya, percayalah , antara sedar atau tidak, kalian turut menyumbang jasa kepada negara walau hanya dengan menulis."
Masya-Allah! Kata-kata Pn. Adibah Omar , Penolong Pengarah MBKM yang cantik dan muda itu membuatkan CikMa tarik nafas sedalam-dalamnya!!
"Anda di hadapan saya adalah seorang penulis. Pakailah 'topi' seorang penulis.Tinggalkan gelaran anda, pangkat dan jawatan yang ada. Tulis dan berkaryalah ." Pn. Nurul Izzah Aziz Mantan Pengarah Jabatan Bahasa DBP tenang sahaja ketika berkata-kata.
Macam tak percaya. CikMa seorang penulis?? Biar betul.....
4 Ulasan
Masya Allah, ini rupanya CikMa. Saya selalu bertembung dengan CikMa sama ada nak ke Mewah Hall atau Grand Ballroom tu. Hehe.. Tertanya-tanya juga mana satu CikMa, tapi disebabkan saya terlupa nama penuh saya tak dapatlah cari dalam borang tu. Nanti jumpa di siri ke-2 ya!
BalasPadamUmmu Khaulah... CikMa memang tak perasan Ummu Khaulah, lagi pula otak dah tepu sebab dah mula bermesyuarat sejak hari Rabu, sambung hingga Ahad pula. Tapi sempat jumpa Adik Banat Dah, seorang blogger juga. Memang seronok sangat. CikMa dalam kumpulan Cereka Moden, Ummu??
PadamSaya dalam kumpulan Informatif Kreatif :) Nanti jumpa lagi insya Allah. Dari awal memang dah perasan CikMa sebab muka ada iras Puan Nisah Haron ;)
BalasPadamaha.. ok insya-allah sihat dan panjang umur kita jumpa. tegur CikMa tau!
PadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)