Ad Code

Responsive Advertisement

Misi Membalas Dendam

 
 
Sudah lama CikMa tidak ke kedai buku. Minggu lepas, sewaktu CikMa bermesyuarat kurikulum di Quality Hotel Shah Alam, sempatlah CikMa ke MPH. Misi membalas dendam terlaksana!

5 buah terus!
Seronok rasanya dapat shopping buku kali ni. Ditemani sahabat Nurul Akma, terubat lara di jiwa. Syukran Akma.....
 
CikMa beli :
Mukmin Profesional
 Nota Hati Seorang Lelaki oleh Al-Fadhil Ust. Pahrol Juoi, 
Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul oleh Fatimah Syarha,
Aduhai Si Tempang dan 
10 Srikandi Bidadari Syurga.

Seorang teman di sekolah CikMa, Cikgu Tini memberitahu: 
 
Tokoh Sasterawan Negara , A. Samad Said berpesan kepada Faizal Tehrani. Jika ingin menulis mesti lakukan 5 perkara iaitu:
 
1. Membaca
2. Membaca
3. Membaca
4. Membaca
dan yang kelima:
Menulis
 
Maknanya, CikMa mesti banyak membaca jika mahu menulis.
 
Apa lagi? Jom baca! Nampaknya kali ini berlumba-lumbalah CikMa dengan Mawaddah .

Saya rasa:

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. best best..

    sedang tunggu Nota Hati Seorang Lelaki..
    hehehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best sangat. Nanti umi habis jer baca, insya-allah penghantaran istimewa akan dibuat untuk En. Raime nun di sana.

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu