Sudah lama CikMa tidak ke kedai buku. Minggu lepas, sewaktu CikMa bermesyuarat kurikulum di Quality Hotel Shah Alam, sempatlah CikMa ke MPH. Misi membalas dendam terlaksana!
5 buah terus!
Seronok rasanya dapat shopping buku kali ni. Ditemani sahabat Nurul Akma, terubat lara di jiwa. Syukran Akma.....
CikMa beli :
Mukmin Profesional
Nota Hati Seorang Lelaki oleh Al-Fadhil Ust. Pahrol Juoi,
Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul oleh Fatimah Syarha,
Aduhai Si Tempang dan
10 Srikandi Bidadari Syurga.
Seorang teman di sekolah CikMa, Cikgu Tini memberitahu:
Tokoh Sasterawan Negara , A. Samad Said berpesan kepada Faizal Tehrani. Jika ingin menulis mesti lakukan 5 perkara iaitu:
1. Membaca
2. Membaca
3. Membaca
4. Membaca
dan yang kelima:
Menulis
Maknanya, CikMa mesti banyak membaca jika mahu menulis.
Apa lagi? Jom baca! Nampaknya kali ini berlumba-lumbalah CikMa dengan Mawaddah .
3 Ulasan
best best..
BalasPadamsedang tunggu Nota Hati Seorang Lelaki..
hehehe :)
Memang best sangat. Nanti umi habis jer baca, insya-allah penghantaran istimewa akan dibuat untuk En. Raime nun di sana.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)